suria

Tiru fesyen Tunku Azizah, pelajar terkejut baginda tiba-tiba respons... segalanya bermula di bilik guru!

Gaya selendang dipakai Tunku Azizah memberi inspirasi kepada Sarah dan rakan-rakannya untuk sesi penggambaran gambar kelas mereka.

CUKUP dikenali kerana personaliti yang bersahaja dan sederhana maka tidak hairanlah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang diangkat sebagai Raja Permaisuri Agong amat disayangi ramai.

Malah penampilannya yang gemar berbaju kurung, ditambah pula dengan pemakaian selendang sebagai pelengkap busana mula menjadi ikutan di negara ini.

Baru-baru ini perkongsian seorang gadis dengan kapsyen 'Tahun ni gambar kelas terinspirasi dengan gaya our Queen, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah' menjadi tular gara-gara 'meniru' penampilan Tengku Ampuan Pahang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf... terdelete, tak sabar nak jadi pengantin baru lagi agaknya!” - Tweet Raja Permaisuri Agong buat ramai terhibur

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok makan durian pakai camca garfu” - Tunku Azizah kongsi tip makan raja buah

Menariknya dua keping gambar yang dikongsi Sarah Misha Mirza Mohammad itu turut menerima pujian baginda.

Posting Sarah menjadi tular di Twitter.

"Canteknya," tulis Tunku Azizah.

Sehingga hari ini, posting itu mendapat 2,700 ulang kicau dan 8,100 tanda suka.

Sarah Misha ketika dihubungi mStar berkata sesi penggambaran di Eco Ardence, Setia Alam itu diadakan pada minggu lalu untuk diabadikan dalam majalah sekolah mereka.

"Kami semua merupakan pelajar tingkatan 5 di SMK Seksyen 24 (2), Shah Alam. Jadi gambar photoshoot tu sebenarnya gambar kelas untuk majalah sekolah (senior page).

"Saya pun share saja untuk suka-suka dan tak expect apa-apa langsung. Tiba-tiba kawan suruh check Twitter sebab gambar tu dapat pujian daripada tuanku sendiri," katanya.

Tunku Azizah berkenan berangkat bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara pada 31 Julai lalu. FotoBERNAMA

Jelas Sarah lagi, idea untuk menggayakan baju kurung seperti Tunku Azizah tiba-tiba terlintas di fikiran sehari sebelum sesi penggambaran itu.

"Pada mulanya dua rakan perempuan sekelas saya pergi bantu cikgu di bilik guru. Kebetulan pula cikgu bercerita tentang tuanku permaisuri kerana dia amat meminati baginda.

"Malam sebelum photoshoot kami masih lagi berbincang tentang pakaian dan salah seorang rakan tiba-tiba teringat gaya permaisuri yang disebut cikgu kami.

Saya follow tuanku di Instagram sebelum tuanku jadi permaisuri lagi. Saya suka cara tuanku yang humble dan suka masak-masak. Especially bila tuanku masak untuk mangsa banjir.

SARAH MISHA MIRZA MOHAMMAD

"Jadi kami semua pun setuju dan cuba gayakan seperti baginda. Lagipun gaya tuanku permaisuri amat sopan dan kami juga amat meminati keperibadian baginda," katanya.

Sarah bagaimanapun berkata mereka tidak menduga gambar tersebut akan mendapat perhatian Tunku Azizah.

"Sejujurnya kami terkejut dan terharu kerana memang tak sangka langsung tuanku akan respons.

Rata-rata netizen memuji penampilan semua pelajar wanita itu yang nampak kemas dan sopan.

"Lagipun saya hanya post sekadar suka-suka sahaja. Followers di Twitter pun setakat enam orang jadi saya agak terkejut bila diberitahu gambar itu viral," katanya yang kini mempunyai lebih 100 pengikut di laman tersebut.

Tambah Sarah lagi, dia amat meminati Tunku Azizah sebelum baginda naik takhta sebagai Raja Permaisuri Agong.

"Saya follow tuanku di Instagram sebelum tuanku jadi permaisuri lagi. Saya suka cara tuanku yang humble dan suka masak-masak. Especially bila tuanku masak untuk mangsa banjir.

"Kalau boleh memang teringin nak jumpa tapi seganlah juga dan saya rasa perkara itu mustahil untuk berlaku," katanya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hujung tahun ini.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain