APABILA seseorang pelajar diterima untuk menyambung pengajian di peringkat universiti, pastinya pelbagai perkara bermain di minda mereka. Selain bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, minggu suai kenal (MSK) atau orientasi juga boleh buat mereka pening kepala. Mana tidaknya, ada sesetengah fasilitator yang menguruskan MSK memberi layanan buruk dan menganjurkan aktiviti dianggap mengarut sepanjang tempoh itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun pelik, dia belajar sendiri sampai orang kampung panggil dia Aishah London” - Bapa murid petah B.Inggeris ARTIKEL BERKAITAN: Jasa ibu jual nasi lemak dihargai, anak ubah suai rumah RM100,000 jadi mahligai "Kalau ayah ada, dia mesti gembira" Sebagai bukti, tweet @InjangNation di Twitter yang bertanyakan mengenai hal itu dihujani pelbagai respons dan reaksi. Malah, ramai yang turut berkongsi kisah pahit mereka sepanjang menyertai MSK sewaktu mula-mula mendaftar ke universiti. Paling mencuri tumpuan pastinya perkongsian oleh Omar Ismail yang juga bekas penuntut sebuah institut pengajian di utara tanah air mengenai pengalaman MSK yang dilaluinya sekitar tahun 2016. Tweet @InjangNation yang menerima pelbagai respon di Twitter. "Aku kena layan teruk gila masa MSK, and aku tekad jadi ahli majlis perwakilan pelajar (MPP). "Bila jadi MPP kan aku sikit pun tak berdendam, and ubah habis minggu suai kenal. Tak berkasar sikit pun, kecuali punctual sebab kena follow schedule," tulisnya di Twitter. Omar yang kini bertugas di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang sewaktu dihubungi mStar mengakui gembira apabila dia berjaya mengubah tradisi negatif itu. Kata Omar, dia langsung tidak berdendam biarpun hasratnya melakukan perubahan pada masa itu turut ditentang rakan fasilitator yang lain. Saya dapat simpulkan yang mereka ni berdendam sebab dulu dah kena teruk. Pada saya pelajar datang nak belajar, bukan nak masuk penjara. OMAR ISMAIL "Saya masuk belajar pada tahun 2016. Masa MSK, senior dan pegawai layan pelajar macam askar. Kena teriak. Ada yang kena berguling, pumping tengah panas. Tahan tidur sampai pukul 3-4 pagi. Pukul 5 pagi dah kena bangun. "Agak tertekan juga sampai rasa nak berhenti. Ia memberi kesan kepada saya. Masa tu saya baru sahaja jalani pembedahan kaki dan buat fisioterapi. "Tapi mereka paksa saya jogging dan berjalan jauh, tak ada tolak ansur," kata Omar lagi. Perit dengan pengalaman itu, dia nekad bertanding dalam pemilihan MPP sebelum memegang jawatan dan melibatkan diri dalam MSK berikutnya. Apabila memegang jawatan itu, Omar tidak mempersiakan peluang yang ada sebaliknya dia menyuntik nafas baharu dalam penganjuran MSK. Omar mengaku pernah berdepan situasi getir sewaktu mengikuti MSK. "Memang tak boleh ubah sepenuhnya. Ada fasilitator yang kecam. Mereka kata, mereka pun kena teruk dulu. "Saya dapat simpulkan yang mereka ni berdendam sebab dulu dah kena teruk. Pada saya pelajar datang nak belajar, bukan nak masuk penjara. "Saya banyakkan program indoor, tak ada tinggi-tinggi suara. Tak ada dendam macam budak-budak. Kita tegas tetapi tegur macam orang dewasa," ujarnya lagi. Selain Omar, ramai pelayar Twitter turut berkongsi kisah yang hampir sama. Antara komen netizen mengenai pengalaman MSK yang dilalui mereka. Ujar kebanyakan netizen, mereka menyifatkan banyak aktiviti dalam MSK perlu diubah kerana ia langsung tidak memberi input kepada pengajian mereka. "Experience aku tak teruk. Cuma nak cakap, fasilitator yang teruk sampai suruh benda tak logik ni, sebenarnya dia kemaruk baru dapat sikit kuasa. "Kena tahan sampai 2-3 pagi hanya untuk menyaksikan prank bodoh marah marah lepas tu end up sambut birthday. "Pepagi kena bangun pastu buat macam tengah bersampan atas jalan tar. "Lagi! Lagi!" jerit kuat-kuat sambil buat gaya dayung sampan. Setengah jam jugak la buat aksi bodo tu. Tak paham. "Meniarap atas tar pukul 5 pagi siap kemeja tie padahal dah bangun awal apa semua," tulis beberapa netizen.