suria

Tudung tak masuk beg, tuannya tebal muka depan pelanggan, “Dia tanya plastik ke?”

Aksi Jai memakai tudung plastik mencuri tumpuan ramai.

KISAH seorang wanita yang terpaksa memakai plastik merah di kepala sebagai pengganti kepada tudung menjadi jenaka warga maya.

Foto serta kisah lucu wanita dikenali sebagai Ija Zaza itu mula menjadi tular setelah ia dikongsi di Twitter oleh rakannya.

Mesra disapa Jai, wanita berusia 28 tahun itu berkata, kejadian berkenaan berlaku beberapa hari lalu sewaktu dia mahu bertemu pelanggannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow”

ARTIKEL BERKAITAN: Tudung ‘pinless’ untuk yang mahu semuanya cepat, zasss... seminit dah siap!

"Masa tu hujan, tudung basah. Saya nak pergi hantar barang (COD) kepada pelanggan. Barang pula tertinggal kat rumah. Masa nak keluar balik tu, nak tukar tudung tak sempat, jadi saya ambil tudung lain dan letak dalam beg.

"Tak perasan pula tercicir. Masa nak tukar tudung dalam kereta, saya baru perasan tudung yang saya ambil tadi tak masuk dalam beg.

"Memang cuak, nervous dan menggelabah. Saya cari nak pakai apa, akhirnya saya pakai plastik dan turun jumpa pelanggan sekejap di kawasan stesen minyak.

"Mula-mula dia tengok je, lepas tu dia tanya, plastik ke? Dia kata tak apalah, dia faham sebab hari hujan," imbas Jai mengenai insiden itu sewaktu dihubungi mStar.

Sumpah cakap dia pakai plastik nampak lawa lagi. Kalau aku, macam perempuan meroyan dah.

NETIZEN

Menurut anak kelahiran Kuala Selangor itu, dia juga tidak menyangka foto berkenaan yang dihantar kepada rakannya akan menjadi tular.

Malah, dia juga langsung tidak memiliki akaun Twitter sebelum ini.

Posting mengenai Jai di Twitter.

"Saya tak sangka akan viral. Sebab Twitter pun tak ada. Ada juga yang kecam sebab tudung plastik tu tak tutup dada," katanya lagi.

Tambah Jai yang menjual produk berasaskan kereta itu, dia juga tidak kisah foto miliknya menjadi jenaka sehingga menghiburkan ramai pengguna Twitter.

Sehingga kini, perkongsian foto berkenaan menerima lebih 18,800 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya terkejut dan terhibur dengan kreativiti Jai menggantikan tudung dengan plastik dalam keadaan yang terdesak.

Jai sewaktu sesi COD produk jualannya.

"Sekurang-kurangnya dia ada effort nak tutup aurat.

"Pakai plastik pun jadi and lawa je.

“Tak kisahlah pakai beg plastik pon... Paling penting, pakai tudung.

Ada bakat jadi usahawati ni... Pandai cipta design baru dan menarik. Dia tak nak pattern kan hasil ciptaan tu ke?

"Sumpah cakap dia pakai plastik nampak lawa lagi. Kalau aku, macam perempuan meroyan dah," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ija Zaza, tudung plastik, COD, kreatif

Artikel Lain