suria

Isteri dapat cermin mata baharu gara-gara kesempurnaan ‘telur gedik’, “Masa sarung tu rasa terangnya dunia”

Dila dan suami berselfie dengan cermin mata baharunya selepas gambar 'telur gedik' mendapat banyak 'like'.

PADA awalnya wanita ini sekadar mahu berkongsi gambar telur goreng air tangan suaminya dalam sebuah grup memasak di Facebook kerana kagum dengan kebolehan suaminya itu.

Malah wanita dikenali sebagai Dila Harnida Mohammad Noordin dalam postingnya itu turut menyertakan perbualan dengan suaminya, Muhammad Syaharil Said bahawa dia mahukan cermin mata baharu jika gambar telur gorengnya itu mendapat banyak 'like'.

Namun siapa sangka, sehingga hari ini gambar telur goreng atau digelar Dila sebagai 'telur gedik' itu telah mendapat lebih 104,000 likes di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Papa suruh korek dalam-dalam” - Enam sekeluarga murung terkena ‘prank’ cempedak... empat ulas RM10

ARTIKEL BERKAITAN: Pengaruh Oden! Anak hentak kaki dalam kedai, bapa nak beli kuah saja, bebola bawa sendiri... “Bunyi macam esakan, semua pelanggan terdiam”

Dila ketika dihubungi mStar berkata sangat terkejut dan tidak menduga gambar 'telur gedik' itu mencecah ratusan ribu likes.


Dila mengusahakan perniagaan makanan Korea di sekitar Tampin, Negeri Sembilan.

"Saya memang tak expect langsung. Saya hanya jangka like tu paling jauh boleh capai 1K likes sahaja sebab hanya gambar telur mata sahaja.

"Masa mula saya tengok post tu baru dimuat naik masih lagi 'just now' sekali imbas nampak 1.1k likes. Saya terkejut lagi sekali.

"Saya dan suami tergelak sebab tak jangka boleh capai jumlah paling tertinggi setakat saya join group masakan tu sejak 2015," katanya yang berniaga makanan Korea di sekitar Tampin, Negeri Sembilan.

Masa mula-mula dulu pun telurnya pecah dan masak terlebih. Banyak kalilah juga dia cuba sampai jumpa teknik nak dapatkan telur macam tu.

DILA HARNIDA MOHAMMAD NOORDIN

Usahawan makanan Korea

Pada masa sama, Dila turut bersyukur kerana dapat memiliki cermin mata baharu dek penangan gambar 'telur gedik' itu.

"Alhamdulillah saya memilikinya pada Jumaat. Memang suami sudah niat nak belikan spec tu walaupun like tak banyak.

"Memang seronok... semuanya berlaku dengan spontan. Perancangan Allah tu sempurna. Saya dah lama nak beli spec tapi biarkan dulu, cuma kebelakangan ini silau makin teruk.

Dila dan suaminya berniaga makanan Korea sejak Oktober 2017.

"Saya tak boleh drive malam. Masa sarung spec tu rasa Allah... terangnya dunia. Dalam perjalanan balik hantar order saya happy baca semua tulisan iklan dekat papan board tepi highway," katanya.

Dila turut mendedahkan bentuk telur goreng yang sempurna itu adalah hasil percubaan suaminya beberapa kali sebelum ini.

"Masa mula-mula dulu pun telurnya pecah dan masak terlebih. Banyak kalilah juga dia cuba sampai jumpa teknik nak dapatkan bentuk telur macam tu.

"Tapi mungkin dah selalu masak, jadi dia dah tahu cara untuk hasilkan 'telur gedik' yang sempurna," katanya.

Mengenai nama 'telur gedik' yang digunakannya, Dila berkata ia bolehlah disamakan dengan menu telur goyang yang kini cukup popular.

"Sebelah utara memang panggil macam tu. Telur kuning tu cair, bergoyang-goyang, belah sana kalau bergoyang ni mereka panggil menggedik… jadilah 'telur gedik',” katanya sambil menambah suaminya berasal dari Alor Star, Kedah.

Wanita berusia 33 tahun itu turut mendedahkan ada kisah di sebalik insiden telur goreng gedik yang tular itu

Dila turut berkongsi tip menghasilkan telur gedik yang sempurna.

"Pagi tu suami yang goreng (telur). Kami memang berniaga makanan Korea, cuma kebiasaannya bahagian telur saya yang akan buat.

"Tapi disebabkan masalah kesihatan pagi tu tak berapa baik, semua makanan suami yang sediakan termasuklah 'telur gedik' tu," katanya.

Sementara itu, Dila turut terharu dan berterima kasih dengan pujian netizen yang kagum melihat kesempurnaan telur goreng berkenaan.

"Alhamdulillah syukur... siapa tak seronokkan. Ramai juga doakan yang baik-baik. Terima kasih semua," katanya yang turut berkongsi tip mendapat telur mata yang sempurna itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain