suria

Malang nasib pelajar baharu! Tak dapat hostel, pelindung gigi dan alat mekap simpan di bawah tangga lesap, “Mahal tau benda tu”

Barang milik Fith yang ditinggalkan di bawah tangga lesap pada hari pertama mendaftarkan diri di universiti. Foto Twitter @fifi5ah

SUDAH jadi lumrah bergelar pelajar universiti pastinya semangat berkobar-kobar pada hari pertama pendaftaran kolej dengan pelbagai barangan dibawa bagi memastikan kehidupan sebagai mahasiswa berjalan lancar.

Terbaharu, satu perkongsian seorang pelajar dari sebuah universiti tempatan di Twitter telah meraih perhatian dalam kalangan netizen.

Berdasarkan perkongsian tersebut, pelajar berkenaan bukan sahaja tidak mendapat tempat di kolej penginapan, tetapi turut menimpa nasib malang apabila barang yang dibawanya hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja curi telefon mahal untuk selfie, lega ditangkap kerana dapat nasi 'free'

Tweet Fith berkaitan nasib malang yang menimpanya.

"Hari ni daftar kolej, tapi aku tak dapat kolej... jadi aku tumpang laa bilik kawan, barang-barang aku letak kat bawah tangga sebab banyak. Takkan aku nak letak kat bilik orang, dia pun barang banyak, rakan sebilik dia masing-masing barang banyak juga," katanya.

Menurut pelajar jurusan muzik yang hanya mahu dikenali sebagai Fith, perkara tersebut disedari semasa dia ingin mengambil makanan yang telah dipesan menerusi aplikasi Foodpanda.

"Aku semaklah barang-barang aku untuk pastikan ia tak hilang... tapi hakikatnya bakul oren yang berisi berus-berus makeup, dua pek cotton pads (kapas muka) yang belum buka, eyeshadow palette (pembayang mata), teeth protection (pelindung gigi) pakai untuk taekwondo nanti (mahal tau benda tu) hilang," katanya.

Siswi berusia 19 tahun ini turut menegaskan terdapat beberapa sebab mengapa dia tidak menyimpan kesemua barangnya di dalam bilik rakannya. 

"Pertama, saya tak dapat bilik. Kedua, bilik tu bilik kawan dan sebilik ada empat orang. Barang-barang dorang pun banyak, sebab saya consider orang lain lagi. Ketiga, setiap pintu bilik berkunci, jadi pintu tak boleh buka.

"Last, bilik kawan tu kat tingkat empat tanpa lift atau elevator," katanya.

Selain menerima lebih 1,800 ulang kicau (Retweet), posting tersebut turut dihujani dengan pelbagai komen netizen kerana nasib malang yang menimpanya.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati kepada mangsa, selain ada yang turut mengkritk tindakan pencuri itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
penuntut, pelajar, universiti, kolej

Artikel Lain