suria

“Aku minta maaf kawan-kawan”, Zunar 'left group' WhatsApp sekolah, kenapa?

Zunar berkongsi katamaaf di postingnya.

PERCAYA atau tidak grup WhatsApp adalah salah satu platform media sosial yang meraih populariti luar biasa apabila hampir semua rakyat Malaysia memilikinya.

Bukan sedakar untuk berkongsi cerita bahkan turut memudahkan sesiapa sahaja dalam menyebar dan menyampaikan maklumat kepada kenalan yang lain.

Namun, satu posting pada Selasa daripada akaun Twitter Zunarkartunis, telah mendapat perhatian ramai apabila tindakannya keluar grup WhatsApp meninggalkan tanda tanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Larangan buku kartun Zunar ditarik balik

ARTIKEL BERKAITAN: Sivarasa, Zunar dan Surendran bebas tuduhan hasutan

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan lewat sampai, kartunis Zunar puji pengurus KFC hantar sendiri pesanannya

"Beberapa hari lepas, saya dijemput ke group WhatsApp sekolah lama. Sangat suka dapat bertemu semula kawan-kawan setelah lama berpisah. Tapi hari ini saya sampaikan mesej di atas mohon undur dari group ini," kongsi beliau di laman Twitter.

Zunar turut memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana niat utama menyertai grup tersebut hanya sekadar untuk mengenali lebih rapat bersama rakan-rakan lama.

Posting Zunar mendapat perhatian netizen

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar Haque berkata, keputusan left group itu dibuat kerana tindakan sesetengah rakan sekolahnya itu menghantar mesej berkaitan memboikot produk-produk non-muslim oleh peniaga-peniaga Cina dan India.

"Ini terjadi kerana terlalu taksub akan politik yang memberi ruang kepada mereka untuk kekal dalam perangkap perkauman, selain turut memiliki sikap rasis," kata kartunis Malaysia kepada mStar.


Rata-rata netizen turut bersama berkongsi pendapat


Zunar yang masih aktif dalam menghasilkan kartun berkaitan membina negara melalui mendidik dan mengkritik masyarakat percaya, tindakan ini bukan sahaja akan melemahkan bangsa bahkan individu itu sendiri turut terkena tempiasnya selain menjejaskan ekonomi negara.

Malah posting yang di muat naik itu mendapat 400 ulang kicau (retweet) dan respons positif daripada netizen.

"Sama la. Dimasukkan dalam group saudara, ada makcik, pakcik yang tak suka kaum lain. Asyik share pasal boikot, kutuk kaum lain. Macam mana nak tegur mereka yang tua-tua ni... karang tegur terasa, cakap kurang ajar. Left terus, takde manfaat langsung membenci orang lain." demikian antara komen disampai netizen.

"Sama la. Dimasukkan dalam grup sedara. Ada makcik, pakcik yang tak suka kaum lain. Selalu kongsi pasal boikot. Kutuk kaum lain. Macam mana nak tegur mereka yang tua-tua ni.. karang tegur terasa, cakap kurang ajar. Left terus. Takde manfaat langsung membenci orang lain," netizen.
"Sama la. Dimasukkan dalam grup sedara. Ada makcik, pakcik yang tak suka kaum lain. Selalu kongsi pasal boikot. Kutuk kaum lain. Macam mana nak tegur mereka yang tua-tua ni.. karang tegur terasa, cakap kurang ajar. Left terus. Takde manfaat langsung membenci orang lain," netizen.
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Zunar, netizen, WhatsApp, boikot

Artikel Lain