GARA-GARA tidak tahan dengan mulut pedas netizen yang tidak habis-habis memberikan komen buruk di media sosial, Instafamous Nor Atierah Zulfatie Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Beby Tora-Tora pernah berniat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Perkara itu didedahkan oleh suami selebriti media sosial berkenaan, Muhammad Hafis Al Hafus Johari. Bercerita kepada mStar, Muhammad Hafis atau dikenali sebagai Apit Johari berkata, isterinya pernah bertanyakan pendapatnya untuk menyaman netizen sebagaimana yang dilakukan oleh Instafamous dan ahli perniagaan, Cik Epal. ARTIKEL BERKAITAN: Suami Instafamous bengang mulut pedas netizen, sedih lihat Beby Tora-Tora tumpah air mata “Aku akan jaga dia macam nyawa aku” ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan yakin menang, sebab sahut cabaran” - Suami blogger beli stroller RM3,000 jawab isu bersorak 'saman netizen', nafi tiru iklan Gmarket Korea "Ada pernah sekali tu isteri saya sudah hampir mengikut Cik Epal menyaman netizen. Dia kata 'Jom kita ambil tindakan undang-undang dan saman netizen yang suka buat onar'. Beby Tora-Tora kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sering membandingkan fizikal dirinya dan suami, Apit Johari. "Tapi saya kata tak payahlah. Usah layan, orang seperti ini hanya nak lihat kita jatuh. Kalau kita selalu ambil pusing, kita tak akan ke depan. Itu sajalah yang saya selalu beritahu dia," katanya yang mengahwini Beby Tora-Tora pada Mac lalu. Untuk rekod, sebelum ini Cik Epal dan suaminya, Jofliam mendedahkan nama netizen yang bakal disaman menerusi sesi live Instagram, ekoran melemparkan komen serta status yang berunsur fitnah ke atas mereka. Beby Tora-Tora yang gemar berkongsi video review di akaun Instagramnya sering menjadi mangsa kecaman netizen, sehingga ada yang tergamak membandingkan saiz badannya dengan suami sebagai modal untuk 'membawang'. Selebriti media sosial itu, dalam postingnya baru-baru ini turut meluahkan rasa sedih dan kecewanya dengan sikap netizen, malah pernah mengalirkan air mata dek kerana terkesan dengan kecaman yang ditujukan kepadanya. Dia pernah rasa 'down' sampai dua hari. Tugas saya sebagai suami, hanyalah mampu memberi kata-kata semangat, selain mengajaknya keluar kalau stres. APIT JOHARI Suami Beby Tora-Tora "Sebelum kami kahwin, memang ramai gila yang condemn. Macam-macam orang kata, (perkahwinan) tak kekal la, sampai bila boleh bertahan la. "Aku sendiri tak pernah mendoakan penderitaan orang dan kehancuran orang lain. Kadang-kadang aku pelik dengan manusia sebegini. "Salahkah aku seorang yang berbadan besar dijodohkan dengan lelaki yang berbadan kurus? Adakah gemuk itu satu penghinaan?," demikian antara luahan Beby Tora-Tora di akaun Instagramnya. Antara komen netizen di Instagramnya. Dalam pada itu, Apit berkata, beliau pernah mencadangkan isterinya itu supaya 'pencen' daripada melakukan pekerjaan yang dilakukannya sekarang kerana simpati melihat dirinya yang sering menjadi serangan netizen. "Namun, isteri saya berat hati memandangkan dia kasihan dengan client. Dia tak sampai hati nak tolak perkara yang diamanahkan kepadanya," kata Apit. "Dia pernah rasa 'down' sampai dua hari. Tugas saya sebagai suami, hanyalah mampu memberi kata-kata semangat, selain mengajaknya keluar kalau stres. "Masa keluar tu, saya minta dia tinggalkan telefon supaya tak bertambah sakit hati," katanya sambil menambah, keluarga kedua-dua pihak juga sering memberikan nasihat dan sokongan ketika ditimpa ujian. Beby Tora-Tora yang terkenal dengan cara makannya menggunakan tangan kini mempunyai lebih 500,000 pengikut di laman Instagram.