TIDAK bertamadun, begitulah komen netizen berhubung penularan foto lampin pakai buang bayi yang ditinggalkan atas pinggan di sebuah majlis kahwin pada Sabtu lalu. Kisah tetamu majlis yang biadab itu dikongsi oleh seorang lelaki yang bertugas sebagai pelayan pada majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah dewan di Nilai, Negeri Sembilan. Bercerita kepada mStar, Muhamad Faqihuddin Abu Bakar, 25, mengakui terkejut sewaktu dia melihat lampin bayi berkenaan sebelum memaklumkan kepada rakan pelayan yang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin pakai kasut sniker kena kutuk... “Ada yang kata kami boleh bertahan enam bulan sahaja ARTIKEL BERKAITAN: Mak Andam Bengang Pelamin Indah Dibiar 'Telanjang' Atas Tanah "Kejadian tu berlaku 31 Ogos baru-baru ni. Tarikh Hari Merdeka yang saya rasa jiwa rakyat kita masih tak merdeka. Majlis siapa tu saya tak pasti sebab saya buat part time, kerja sebagai pelayan pada waktu itu. Perkongsian Faqihuddin di Twitter. "Saya yang perasan. Mula-mula terkejut juga sebab bungkus warna putih. Lepas tu baru sedar pampers dan saya bagitahu kawan-kawan dulu, memang tak ambil pun mula-mula, lepas tu baru saya clear kan," ujarnya sewaktu dihubungi pada Selasa. Menurut Faqihuddin lagi, dia mengakui kurang senang dengan tindakan tidak bertanggungjawab tetamu berkenaan. Paling kurang pun minta staf bertugas buangkan. Jangan letak atas pinggan macam tu je. Kesian kat orang lain nak makan, takut tak ada selera. FAQIHUDDIN Malah katanya, tiada alasan untuk si pelaku bertindak sedemikian memandangkan tandas terletak bersebelahan dewan sahaja. "Perasaan mula-mula tu memang marahlah sebab tandas sebelah dewan je, bukannya jauh pun. "Dia duduk pun meja yang dekat dengan pintu dewan. Masa saya perasan, mereka dah tak ada. Memang tahu-tahu meja tu dah tak ada orang, ada tinggal pampers dengan pinggan je," katanya. Tambah Faqihuddin lagi, dia dan rakan pelayan yang lain pastinya tidak keberatan untuk membantu sekiranya diminta oleh individu berkenaan. Antara komen netizen di Twitter. Malah, dia juga enggan membuat andaian berlebihan, memandangkan dia tidak mengetahui situasi sebenar si pelaku sewaktu kejadian. "Tapi mungkin juga dia ada anak kecil lain yang tengah merengek ke. Saya pun tak pasti situasi dia masa tu. "Kami ada je masa tu untuk tolong buangkan. Tak ada masalah. Saya minta dia ubah sikap yang malas nak ke tandas. Paling kurang pun minta staf bertugas buangkan. Jangan letak atas pinggan macam tu je. "Kesian kat orang lain nak makan, takut tak ada selera," katanya lagi. Sehingga kini, perkongsian oleh Faqihuddin di Twitter menerima lebih 5,100 ulang kicau (Retweet). Malah, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan jijik berkenaan.