ANAK mana yang tidak sedih apabila mengetahui wanita yang melahirkan mereka disahkan menghidap penyakit yang boleh meragut nyawa. Apatah lagi, perkhabaran tersebut diketahui tidak lama selepas nenek kesayangan dijemput Yang Maha Esa, sebulan yang lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Diuji kanser tahap 4, pesara polis Singh ini tak pernah gagal tabik hormat Jalur Gemilang, “Hingga hari ini bila dengar Negaraku, ayah akan bangun” ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ceria, wanita ini bertarung 2 jenis kanser, 3 penyakit lain sejak 1983... kini disah hidap barah tulang tahap 4 pula "Ibu yang saya panggil ummi disahkan menghidap kanser payudara tahap dua dan kami tahu mengenainya kira-kira tiga minggu lalu. "Masa dapat tahu perkara itu, saya sangat terkejut, apatah lagi nenek baru saja meninggal dunia. "Hari ini (Rabu) pula ketika ummi dibedah, saya tidak dapat berada di sisi kerana perlu menjaga dua adik, seorang daripadanya calon UPSR ," kata Muhamad Haziq Aiman Hairpuddin kepada mStar. Ibu Muhammad Haziq ketika disorong ke dewan pembedahan. Muhamad Haziq sebelum ini berkongsi tweet mengenai penderitaan ibunya, Rohani Saleh di Twitter dan memohon pelayar laman sosial itu mendoakan kelancaran proses pembedahan dan kesembuhan ibunya. "Assalamualaikum. Minta jasa baik anda semua tolong, tolong dan tolong doakan Umi saya selamat menjalani pembedahan kanser hari ini. SHE IS MY EVERYTHING DUNIA AND AKHIRAT (Dia adalah segala-galanya bagi saya dunia dan akhirat)," tulis Haziq. Ciapan Muhamad Haziq menerima reaksi tidak dijangka daripada netizen. Ciapan tersebut sehingga kini diulang kicau sebanyak 5,600 kali dan mendapat 7,600 tanda suka. Rata-rata pelayar laman media sosial itu meninggalkan komen dengan memberikan kata-kata semangat kepada pemuda berusia 22 tahun itu. "Your mom is so pretty!! Semoga Allah permudahkan urusan umi awak dan sihat seperti sediakala," tulis seorang pelayar Twitter, Yarr. "Semoga ummi bro selamat dan sihat selalu bro. *Hugs," tulis Lord Farquuad pula. Antara komen netizen yang mendoakan kesembuhan ibu Muhamad Haziq. Bercerita lebih lanjut, Muhamad Haziq berkata sejujurnya dirinya berasa sangat terharu apabila posting tersebut mengundang reaksi yang sangat tidak dijangka daripada netizen. "Sejujurnya saya terkejut dan terharu, tak sangka orang luar yang saya tak kenal lebih prihatin dan ambil berat. Jadi saya terharu sangat-sangat dan nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. "Lebih terharu, ada ramai juga yang DM saya beri sokongan dan semangat kerana mereka juga pernah berada dalam situasi yang sama dengan saya," kata anak kedua daripada lima beradik ini lagi. Apa yang lebih menggusarkan, kata Muhamad Haziq, keputusan hasil pemeriksaan CT Scan baru-baru ini mendapati ibunya yang berusia 49 tahun itu juga disyaki mempunyai beberapa masalah kesihatan lain. Ibu Muhamad Haziq sebelum dibedah. "Selasa lalu cuma buat CT scan dan doktor cakap ada sakit lain, antaranya ialah tiroid dan masalah paru-paru. "Saya tak boleh bayangkan hidup tanpa ummi kerana ummi lah kepala keluarga sejak berpisah dengan ayah. "Sebelum masuk bilik bedah, saya sempat hubungi ummi. Dia pesan, jaga diri dan jaga adik-adik. Itu yang buat saya sangat sedih. Mudahan pembedahan ummi lancar dan ummi lekas sembuh," katanya dalam nada sebak. Dalam perkembangan terbaru, Muhammad Haziq memaklumkan ibunya telah selamat menjalani pembedahan namun keadaannya sangat lemah. "Ummi kelihatan letih, doktor menyuruhnya berehat dan tidur kerana ummi melalui proses pembedahan yang agak lama iaitu dari jam 3 petang hingga 8.30 malam,"katanya. Ujar Muhamad Haziq lagi, buat masa ini dia tidak bekerja tetap kerana menjaga dua adik yang memerlukan perhatian ketika ibu mereka tidak sihat. "Sekarang saya bantu ayah saya meniaga dalam talian (online). Perancangan saya selepas ini, nak lihat keadaan ummi dan adik-adik dahulu sebelum memutuskan apa-apa," akhirinya.