APA sahaja yang dikongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman sosial, ia pastinya akan menjadi perhatian ramai. Selain rajin berkongsi kehidupan sehariannya, Tunku Azizah yang disifatkan ramai sebagai kerabat diraja yang dekat di hati rakyat juga rajin membalas komen dan pertanyaan pelayar media sosial dari masa ke semasa. Terbaharu, perkongsian baginda mengenai selendangnya yang tersangkut pada baju yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencuri perhatian netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik kerana kerap bergambar pada 31 Ogos, dianggap macam budak-budak... Tunku Azizah tegaskan, “Saya hanya ikut arahan Agong” ARTIKEL BERKAITAN: Photoshoot sakan, lelaki ini panik Tunku Azizah ‘tegur’ fesyen tunang, siap pakai crown, “Family marah kenapa post macam tu” "Selendang saya tersangkut dengan baju tuanku. Tak perlu pegang tangan, selendang pula swinging," tulis baginda menerusi Twitter. Foto itu dirakam sewaktu Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin. Itu tandanya tarikan magnet Tuanku dengan YDPA sangat kuat.. Bak kata omputeh, ada chemistry gituuu. NETIZEN Posting yang dimuat naik pada hari sama itu sehingga kini menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet). Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani ratusan komen daripada netizen. Malah, rata-rata mereka menyifatkan ia sebagai satu momen romantis antara pasangan diraja berkenaan. Paparan skrin posting di laman Twitter Tunku Azizah. "Kira pimpin tangan wireless la ye Tuanku," seloroh seorang pengguna Twitter. "Tuanku. Tuanku berdua telah memberi kami rakyat Malaysia satu contoh dan teladan yg baik . Syukur alhamdulillah, Allah kurniakan kami pemimpin yg soleh n solehah. Semoga tuanku terus bahagia dunia dan akhirat hendaknya. "Itu tandanya tarikan magnet Tuanku dengan YDPA sangat kuat.. Bak kata omputeh, ada chemistry gituuu. "What a sweet couple. Moga Allah rahmati keluarga Tuanku. Amin. "Ampun Tuanku. Semoga Tuanku Baginda Agong dan Tuanku kekal hingga ke Jannah," tulis beberapa pelayar Twitter.