suria

Berjauhan dengan suami, air mata isteri gugur dalam Mc'D kerana sampul tebal... mak mentua sanggup berlari stop kereta demi menantu!

Kata Nik Yam, dia bersyukur dikurniakan suami dan mentua yang baik.

"BERSYUKUR dikurniakan suami serta keluarga mentua yang baik," demikian kata seorang wanita yang kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di Perlis.

Menurut Nik Yam Chik Zainab, dia terharu dengan sokongan suaminya, Abdul Halim Abdul Rahman biarpun mereka terpaksa berjauhan demi mengejar cita-cita.

Berkongsi kisah di Facebook, Nik Yam mengakui turut menitiskan air mata kerana satu insiden selepas menghantar suaminya ke stesen bas, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berhenti kerja 'engineer' nak balik kampung berpantang dituduh tayang duit, “Tak sangka suami bagi banyak macam tu sekali gus”

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mertua tak suka Kelantan alasan putus, bekas awek syak lain, “Mungkin itu alasan saja”

"Saya hantar dia naik bas minggu lepas, dia nak balik bekerja ke Kuantan, Pahang. Selepas tu saya pergi ke restoran McDonald's. Masa nak buka beg duit baru perasan ada sampul.

"Buka je sampul terus meleleh air mata. Selain bagi duit, dia juga ada tulis surat. Dia minta maaf andai ada kekurangan, tak dapat penuhi apa yang saya nak. Dia juga suruh belajar bersungguh-sungguh.

"Lepas tu saya terus hubungi dia. Walaupun dia macam tak nak mengaku, saya tetap ucapkan terima kasih," ujarnya kepada mStar.

Saya dah tak ada ayah, dari dulu saya berdoa dapat mentua yang baik. Mak ayah dia layan saya macam anak sendiri.

NIK YAM CHIK ZAINAB

Kata Nik Yam lagi, dia mempunyai simpanan sendiri untuk melanjutkan pelajaran dan seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan suami.

Malah, mereka juga sudah berbincang mengenai perkara itu sebelum disatukan sebagai suami isteri pada 24 Disember tahun lalu.

"Bila kahwin ni, adalah sedikit masalah kewangan. Sebelum tu kami dah bincang, dia tak perlu fikir sebab saya ada simpanan sendiri, mak saya juga ada support sikit. Saya terharu sebab dalam diam dia tetap selit duit juga.

"Sebelum kahwin, saya cuma minta dia bagi keizinan sahaja untuk sambung belajar ke peringkat Master," katanya lagi.

Posting Nik Yam di Facebook.

Selain suaminya, keluarga mentuanya juga memberikan sokongan penuh terhadap cita-cita Nik Yam.

Selain memberi layanan seperti anak sendiri, Nik Yam juga terharu apabila ibu mentuanya melakukan solat hajat, khusus untuk mendoakan pengajiannya.

"Saya dah tak ada ayah, dari dulu saya berdoa dapat mentua yang baik. Mak ayah dia layan saya macam anak sendiri.

"Mak mentua siap buat solat hajat. Saya rasa terharu sebab masa saya sambung Ijazah dan tamat pengajian sebelum ni pun, saya tak pernah diraikan, buat majlis solat hajat.

Foto sekitar majlis perkahwinan mereka.

"Suami pun tunjuk contoh yang baik. Susah nak tengok menantu lelaki peluk mak mentua. Dia ambil berat pasal mak saya, hulurkan duit.

"Sebagaimana dia buat baik pada mak saya, saya akan balas pada ibu bapa dia. Sangat terharu dengan sokongan mereka," ujarnya.

Selain itu, ada satu lagi peristiwa melibatkan ibu mentuanya membuatkan Nik Yam cukup terharu.

"Ada satu malam tu, suami nak undur kereta, nak hantar saya balik.

"Mak mentua berlari-lari stop kereta semata mata nak bagi duit belanja untuk sambung belajar," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain