suria

Tak ada dalam friend list, gadis terkejut remaja umur 19 tahun dah berani hantar mesej nak rogol... pengakuan adiknya lebih membimbangkan!

Remaja lelaki itu terus menghantar mesej biadap terhadap Nazmeen.

PENGGUNAAN media sosial tanpa batas bukan tiket untuk mengganggu privasi orang lain. Silap langkah, buruk padahnya.

Pada masa ini, seringkali kita lihat 1,001 perangai manusia yang menggunakan platform media sosial dengan cara yang salah.

Pengalaman seorang wanita berusia 25 tahun diganggu remaja lelaki menerusi mesej di Instagram (IG) membuatkan dia bengang.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain buat hal, rumah sewa pelajar universiti 'mandi' cat merah... “Nyaris nak kena bunuh tadi”

ARTIKEL BERKAITAN: Ucap hai tak dilayan, pelajar dapat ‘pengajaran’ berkawan dengan awek nampak kaya di IG, “Dia mesej saya bila nak minta duit saja”

Menurut Nazmeen, dia tidak mengenali remaja lelaki berusia 19 tahun itu yang secara tiba-tiba menghantar mesej di IG dengan biadab.

"Dia hantar mesej 'nak kena rogol ke haa'. Saya memang terkejut  kerana tiba-tiba dapat mesej macam tu. Dia bukannya ada dalam 'friend list' saya.

Nazmeen berkongsi mengenai remaja lelaki itu di laman Twitternya.

"Saya rasa sangat bengang, marah sebab dia sangat biadab.

"Saya buat 'recovery report' dahulu dan sekiranya ia terus mengganggu, saya akan buat laporan sekali lagi,” katanya yang memutuskan untuk membuat laporan polis.

Nazmeen yang tidak melayan pengirim mesej itu berkata, polis hanya menyuruh dia 'block' remaja lelaki terbabit.

Bagaimanapun, dia menganggap saranan itu tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

"Semua maklumat peribadi remaja itu saya dah serahkan kepada polis," kongsinya kepada mStar.

Memang ada yang tidak kena dengan dia ni, kelakuannya ini seperti gangguan seksual dan ia membimbangkan bukan saya seorang tapi ramai lagi yang menjadi mangsanya.

NAZMEEN

Mangsa ugut rogol

Menurut Nazmeen dia cuba melihat IG remaja terbabit yang wajahnya kelihatan seperti individu normal.

"Saya juga dapat menghubungi adik remaja itu dan memberitahu perangai sebenar abangnya.

"Apa yang menyedihkan, menurut adiknya ibu dan bapa remaja ini juga sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat terhadapnya” katanya.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul, katanya, kemungkinan remaja itu ada masalah mental.

“Memang ada yang tidak kena dengan dia ni, kelakuannya ini seperti gangguan seksual dan ia membimbangkan bukan saya seorang tapi ramai lagi yang menjadi mangsanya.

Sebahagian daripada komen pengguna Twitter di status Nazmeen.

"Jadi saya berharap mangsa-mangsa yang terima mesej seperti saya ini pergilah buat report.

"Apabila ramai buat report, mesti pihak berkuasa akan lebih cepat ambil tindakan," kata gadis kelahiran Selangor ini.

Dalam pada itu, Nazmeen memberitahu, mesej yang dihantar remaja lelaki itu tidak boleh dipandang remeh.

"Walaupun hanya sekadar tulis, bagi saya ia perlu dipandang serius. Ada orang cakap mungkin hanya untuk bergurau, tetapi tidak sebenarnya.

"Kita perlu 'educate' orang yang tidak tahu ini adalah salah satu cabang gangguan seksual," tambahnya.

Nazmeen berharap kesnya ini akan mendapat perhatian polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain