JIKA sebelum ini Muhammad Syukur menjadi bualan ramai kerana aksi mesranya dengan sekumpulan kerbau, kali ini seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun turut mengikut jejak langkah serupa. Aksi Nurul Afina Azman yang mesra disapa Che Tam yang kelihatan cukup akrab bersama 17 ekor kerbau milik bapanya ternyata mencuri tumpuan netizen. Malah, video dia menunggang kerbau turut menerima ribuan tontonan setelah dimuat naik ke laman Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Digelar ‘Mowgli Malaysia’, Syukur impi miliki zoo sendiri ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mowgli Malaysia’ tak serik… “Jatuh basikal lagi teruk daripada jatuh kerbau” Bapanya, Azman Umar, 25, sewaktu dihubungi mStar mengakui hairan dengan anak tunggalnya itu yang cukup minat dengan haiwan termasuklah lembu, kambing dan kucing. "Dia minat dari kecil lagi. Dulu kami ada bela lembu, dia minat sangat, sampailah sekitar tiga tahun lepas, saya mula bela kerbau di kebun sawit. Che Tam juga sering mengikuti bapanya ke kebun untuk bermain dengan kerbau. "Dia cukup suka dengan kerbau, tengok macam serasi saya biarkan aje lah. Dia pun selalu ikut saya ke kandang hampir setiap hari. "Dalam 17 ekor tu, ada seekor kerbau nama Atan yang dia paling sayang. Dia kata boleh jual yang lain, tapi Atan dia tak benarkan," ujar Azman. Saya pun risau juga dengan keselamatan dia, tapi Alhamdulillah semuanya OK. Che Tam juga selalu tolong bagi kerbau makan. AZMAN UMAR Menurut pemandu lori itu, anaknya langsung tidak takut untuk mendekati kerbau. Malah, Che Tam juga sering duduk di belakang kerbau setiap kali berkunjung ke kandang milik bapanya. "Kalau tak bawa dia ke kebun, dia mengamuk nak ikut. Kadang-kadang ada hari nak hujan, saya tak nak lah bawa dia. "Saya pun risau juga dengan keselamatan dia, tapi Alhamdulillah semuanya OK. Che Tam juga selalu tolong bagi kerbau makan," katanya lagi. Menurut Azman lagi, dia tidak kisah sekiranya Che Tam digelar sebagai Muhammad Syukur 2.0. Aksi Che Tam bersama sekumpulan kerbau milik bapanya. Malah, dia bersyukur apabila kisah keakraban anaknya dengan kerbau menerima respon positif netizen. Mengulas nama anaknya yang digelar Che Tam, Azman mendedahkan ia merupakan gelaran yang diberi oleh nenek kanak-kanak itu. Ia tidak mempunyai makna spesifik sebaliknya hanya nama timangan untuk anak tunggalnya yang disifatkan cukup peramah, aktif dan periang. Sehingga kini, posting video dan foto di Facebook Azman mengenai Che Tam dan kerbau belaannya menerima ribuan perkongsian. Azman dan isteri, Nurul Nadia Ahmad, 25, menetap di Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang. Tambah Azman lagi, kesemua kerbau berkenaan merupakan pemberian bapanya dan dia kini menjaga haiwan-haiwan berkenaan yang ditempatkan di kebun kelapa sawit, sekita lima kilometer dari kediamannya. View this post on Instagram Ada 17 ekor tau kerbau Che Tam. Tapi yang nama Atan tu dia paling sayang. Baca kisah mengenai adik comel kita, Che Tam di mStar. Boleh swipe up IG Story/Highlight. #mstaronline #mstarMoi A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Sep 10, 2019 at 12:23am PDT