suria

Orang lain sibuk OOTD tapi pemuda ini selfie dengan sampah, siap tegur publik tak kira pangkat - “Kalau botol plastik ni bernilai, abang dah kaya”

Ameer tidak kekok berselfie bersama timbunan sampah demi menghidupkan budaya Clean-Up Challenge.

DI KALA generasi muda yang lain sibuk mencari tempat menarik untuk berselfie atau pun pose OOTD (outfit of the day) 'meletup' sebelum dimuat naik di laman sosial, lain pula halnya dengan pemuda ini.

Jejaka bernama Ameer Roslan ini tidak kekok berselfie bersama timbunan sampah.

ARTIKEL BERKAITAN: "Sekarang kita nak budaya orang cari tong sampah, bukan tong sampah cari orang"

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan seronok sangat... Cabaran vakum beg sampah nampak menarik, tapi awas boleh meragut nyawa!

Namun ia bukan untuk suka-suka atau meraih perhatian, sebaliknya ia demi menghidupkan budaya Clean-Up Challenge bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar. 

"Abang nak hidupkan lagi budaya Clean Up Challenge ni. Abang rasa kalau botol plastik ni bernilai dah kaya dah abang. Tapi sebab ianya langsung takda nilai, itu pasal ianya dibuang merata. Sepatutnya orang yang buang merata tu yang wajib dibuang ke jurang mariana supaya tak timbul.

"Content utama abang buat pasal environment. Sebab ini salah satu cara untuk sebarkan lagi kesedaran pada orang ramai dengan lebih luas. Harap sangat korang boleh support ya. InsyaAllah kita usaha ubah cara kita berfikir dan adab supaya lebih high class," tulis Ameer di akaun Facebooknya, Ameer Rules.

Antara gambar yang dimuat naik Ameer di Facebook sewaktu melakukan Clean Up Challenge.

Melalui beberapa postingnya, pemuda berusia 28 tahun ini turut melampirkan beberapa keping gambar sepanjang dia melakukan aktiviti memungut sampah itu. 

Kebiasaannya, dia akan membuat tinjauan lokasi terlebih dahulu, sebelum akan datang kemudian bersama peralatan seperti kereta sorong dan batang pengutip sampah. 

Ketika orang lain tidak sudi melakukan perkara yang dianggap menjijikkan itu, Ameer yang bekerja sebagai jurufoto sepenuh masa langsung tidak kisah bergelumang dengan sampah.

"Jarang-jarang orang selfie berlatarkan sampah sarap kan. Kenapa? Ye sebab ianya kotor tuan puan, datuk datin tan sri berseri seri sekalian... orang kalau nak bergambar background mesti bersih dan cantik ye dok, kalau tak, macam mana nak post dalam Instagram atau Facebook. Mesti tak dapat like," tulisnya lagi. 

Ameer turut menyiarkan video aktivitinya di saluran Youtube sendiri bagi memupuk kesedaran dan membuka mata banyak pihak agar sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar. 

Posting itu nyata mendapat reaksi positif netizen yang memuji tindakan pemuda itu.

Komen netizen yang memuji usaha Ameer.

Ada yang memujinya kerana sanggup melakukan kerja mengutip sampah secara sukarela.

"Bangga dengan kamu Ameer. Saya tak mampu berkata apa-apa tengok awak sanggup  buat kerja-kerja ini. Saya sendiri pun belum tentu mampu nak buat," tulis seorang pelayar Facebook, Rozman Nasir Yusoff Aqidd. 

Netizen juga memujinya kerana memulakan cabaran yang disifatkan sebagai berfaedah, bukan seperti segelintir anak muda yang gemar meniru cabaran dari barat.



Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
selfie, sampah, Clean Up Challenge

Artikel Lain