suria

Comelnya! Tunku Azizah singgah kedai tepi jalan tanya mi bandung, siap ada permintaan - “Janji tau, ambil nombor telefon dia”

Aksi Tunku Azizah yang bertanyakan mi bandung dari dalam kereta mencuri tumpuan netizen.

KEMUNCULAN Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa dinanti-nantikan.

Bukan setakat di mana-mana majlis dan acara, malah di laman sosial terutama Twitter juga pengikut sentiasa menantikan ragam dan telatah baginda yang amat disenangi rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah ‘bersuara’ sebab nyahaktif Twitter – “Bukan kerana saya kecewa, sedih atau marah dengan komen mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sedih, marah dan terus aktifkan Twitter” - Reaksi Tunku Azizah selepas dikejut Puteri Afzan

Terbaharu, tanpa disangka-sangka, pemilik sebuah kedai makan dipercayai di Kuantan, Pahang bertuah kerana menerima kunjungan Tunku Azizah yang mahu menikmati mi bandung.

“Ada mi bandung tak?” tanya Tunku Azizah dari dalam kereta kepada pemilik kedai makan menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Twitter @madihahrosdi pada Sabtu.

Perkongsian video Tunku Azizah oleh Nur Madihah di laman sosial Twitter.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, kereta putih yang dinaiki Tunku Azizah ketika itu turut diikuti konvoi pengiring, berhenti di tepi jalan di hadapan kedai tersebut.

Kedengaran suara memberitahu mi bandung dijual di kedai makan tersebut, dan respons Tunku Azizah benar-benar mengejutkan.

“Nak makan situ,” titah baginda sebelum keluar dari kereta.

“Alhamdulillah, berpeluang akhirnya jumpa Agong dan Permaisuri. Siap singgah di kedai makan kami... selalu tengok orang je,” tulis Nur Madihah di laman sosial.

Tunku Azizah keluar dari kereta sambil menunjukkan isyarat untuk makan di premis berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut diulang kicau lebih 11,000 kali dan mendapat lebih 10,000 tanda suka.

Menerusi video kedua yang dimuat naik Nur Madihah, Tunku Azizah mahu mendapatkan resepi mi bandung yang dijual digerainya.

Alhamdulillah, berpeluang akhirnya jumpa Agong dan Permaisuri. Siap singgah di kedai makan kami... selalu tengok orang je

NUR MADIHAH

“Janji tau, ambil nombor telefon dia,” titah Tunku Azizah yang mahu resepi hidangan tersebut dikongsi oleh pemilik kedai makan tersebut.

“Comel je permaisuri minta resepi,” kata Nur Madihah.

Tunku Azizah disapa rakyat yang menyenangi kehadiran baginda.

Dua video tersebut ternyata mengubati kerinduan netizen selepas Tunku Azizah bertindak menyahaktifkan akaun Twitternya sejak Rabu lalu.

Walaupun akaun Twitter @cheminahsayang itu diaktifkan semula pada Sabtu, tetapi ia bagaimanapun dinyahaktifkan semula pada Ahad.

“Sejuk hati melihat betapa merendah diri tuanku,” tulis seorang netizen.

“Ada mi bandung tak? Hahaha comel je tanya dari tingkap macam tu,” kata seorang netien.

Komen netizen yang teruja dengan ragam Tunku Azizah.

“Mesti terketar-ketar tangan nak siapkan mi bandung tu,” tulis seorang netizen.

“Tahniah! Seronoknya, terharu dengar yang reply ada tu, penuh harapan sangat suaranya tu. Seronok sangat tengok video ni, bilalah dapat jumpa tuanku permaisuri yang cantik ni,” kata seorang netizen.

“Bestlah dapat jumpa, tak semua dapat jumpa depan-depan macam tu,” kata seorang lagi.

“Entahlah rasa berbunga hati tengok gelagatnya. Semoga Allah merahmati mereka dan kita semua,” katanya dengan emoji teruja.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Tunku Azizah, mi bandung

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan