KEHIDUPAN sebagai pelajar universiti tak seindah yang disangka, lebih-lebih lagi wang yang ada hanya cukup-cukup makan untuk menampung perbelanjaan. Jalan mudah adalah berjimat-cermat selagi boleh, meskipun terpaksa mengikat perut dan menjadikan mi segera dan biskut kering sebagai alas perut. Malah ada juga yang ujiannya datang bertimpa-timpa, sebagaimana yang dilalui seorang gadis yang baru dua minggu memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis solat atas rumput tepi jalan, uncle Cina bawa Grab sanggup tunggu, “Kereta dia bersih, wangi... macam hatinya sebab respek kami” ARTIKEL BERKAITAN: “Berapa kali dia nak kena marah?” - Vellfire remuk dihentam, pemiliknya ada alasan sendiri ajak pemandu lori lepak mamak Siti Nur Hanini Kamarudin berkata, dia keseorangan pada Jumaat lalu kerana rakan-rakannya sibuk, dan ada yang balik ke rumah keluarga masing-msing kerana cuti hujung minggu yang panjang. Perkongsian Ninie di laman sosial Twitter menjadi tular. Gadis berusia 19 tahun itu memberitahu, dia ke sebuah pasar raya menggunakan perkhidmatan MyCar untuk membeli kipas mini. “Duit yang ada tu saya bajet cukup-cukup untuk tambang MyCar pergi dan balik, serta beli barang. Selepas beli kipas ada baki kira-kira RM50. “Bagaimanapun, wang tunai RM50 tu tercicir di dalam sebuah kedai di pasar raya itu. Puas cari tapi tak jumpa. Dugaan apakah ini sebab dalam akaun bank pun tak ada baki yang mencukupi untuk buat pengeluaran,” katanya kepada mStar, sambil menjelaskan bahawa lokasi pasar raya yang dia pergi mungkin sedikit jauh dari asramanya kerana masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kawasan di Shah Alam. Ninie reda dengan dugaan yang dialaminya dan bersyukur ada insan yang baik hati menawarkan bantuan. Foto Siti Nur Hanini Kamarudin Lebih mesra dipanggil Ninie, katanya, mujur seorang rakan sudi menghulurkan bantuan sebanyak RM20 bagi membolehkannya pulang ke asrama. “Saya tidak bernasib baik pada hari itu apabila tiada satu pun mesin ATM di kawasan berkenaan membolehkan saya keluarkan duit kurang dari RM50. Uncle minta saya berjanji supaya belajar rajin-rajin. Uncle kata, ‘Hari ni uncle tolong kamu, harapnya orang lain akan tolong uncle pula’. Uncle tu peramah dan cara dia bercakap seperti seorang ayah. NINIE “ rasa nak menangis tapi cuba bertahan. Syukur rakan yang sama sudi membantu untuk membayarkan tambang MyCar setibanya saya di asrama,” katanya dengan nada sebak. Ninie yang berasal dari Hulu Perak, Perak berkata, pemandu berbangsa Cina berusia dalam lingkungan 40an yang membawanya pulang ke asrama seperti dapat menghidu masalahnya. Malahan, siswi ini terkejut dengan tindakan uncle si pemandu MyCar itu yang cuba menenangkannya. Mi segera dan biskut kering menjadi pilihan Ninie untuk berjimat-cermat. Foto ihsan Siti Nur Hanini Kamarudin “Saya cerita apa yang berlaku tapi dapat bertahan sampai menangis. Uncle Cina tu kata, ‘jangan nangis, benda dah jadi apa mau buat. Tak payah bayar, uncle belanja’. Dia siap tanya sama ada saya dah makan ke belum. “Jujurnya, saya hanya makan beberapa biskut kering hari tu sebab nak jimat. Uncle tu kemudian berhenti di sebuah kedai mamak untuk bungkuskan makanan buat saya,” ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang itu. Dalam pada itu, Ninie turut menjelaskan bahawa dia bukan memilih untuk makan di UiTM, sebaliknya mahu berjimat-cermat kerana kekangan kewangan. Anak keempat daripada lima beradik itu memberitahu, kemuliaan hati pemandu tersebut untuk membantunya membuat dia terharu kerana layanan seperti seorang bapa kepada anak. Sebahagian buku-buku milik Ninie yang belajar dalam jurusan undang-undang. Foto ihsan Siti Nur Hanini Kamarudin Ninie turut menjelaskan bahawa perkongsiannya bukan menunjukkan dia sedang mengalami masalah kewangan, tetapi mahu memberitahu masih ada lagi orang yang baik hati di luar sana. “Uncle minta saya berjanji supaya belajar rajin-rajin. Uncle kata, ‘hari ni uncle tolong kamu, harapnya orang lain akan tolong uncle pula’. Uncle tu peramah dan cara dia bercakap seperti seorang ayah. “Sebelum ni saya selalu berpandangan negatif apabila ada orang yang nak cuba menolong, kenapa orang perlu fikir banyak kali untuk berbuat baik? Tapi kali ni saya terharu dengan uncle tu kerana ketika dia sedang mencari rezeki dengan membawa penumpang, dia masih ada perikemanusiaan untuk membantu orang lain. “Semoga uncle dimurahkan rezeki. Kalau hari ni saya tak dapat balas jasanya, mungkin di lain kali sekiranya berkesempatan. Jika diizinkan Allah untuk saya menjadi seorang peguam suatu hari nanti, saya sedia membantu uncle selain memberi khidmat kepada masyarakat,” katanya.