BERCINTA lama, belum tentu hubungan itu akan berakhir ke jenjang pelamin. Kata-kata 'kalau jodoh tak ke mana' memang bertepatan buat pasangan pengantin ini yang baru melangsungkan perkahwinan pada 7 September lalu. Lebih menarik, pasangan Farah Nabilah Uzaimi dan Mohamad Ezwan Rahman pernah berada dalam satu bilik kuliah pada 2012 tetapi tidak pernah bertegur sapa. ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jodoh di disko, isteri terkejut reaksi suami diajak berubah, tinggalkan kelab malam selepas kahwin, “Ada masa untuk taubat tapi dah singkat” ARTIKEL BERKAITAN: “Bomba tu nak jatuh, disambut pengantin perempuan” - Photoshoot pra-perkahwinan jadi scene filem Spider-Man Berkongsi cerita dengan mStar, Farah yang kini berusia 25 tahun mengakui tidak pernah tertarik dengan Ezwan memandangkan ketika itu dia sudah mempunyai 'buah hati' sendiri. "Kami belajar di kolej yang sama di Ampang, pernah berada dalam satu kelas pada semester ketiga. Saya memang tak pernah tegur dia, boleh dikatakan bukan dalam golongan kawan saya. Farah bersama suami kini berbulan madu di London. "Tapi kawan baik saya memang ada berkawan dengan Ezwan sebab mereka satu kumpulan tugasan yang sama. "Lagipun saya tengok dia macam seorang pendiam dan tak 'hot' sangat masa tu. Memang jujurnya saya tak pernah teringat bahawa dia pernah berada dalam kelas saya sehingga kami tamat pengajian masing-masing pada tahun 2015," ujar Farah. Bagi gadis kelahiran Negeri Sembilan ini, beberapa tahun selepas tamat pengajian dirinya sibuk dengan alam pekerjaan dalam bidang pengurusan keselamatan dan kesihatan. "Hubungan percintaan saya tidak begitu lancar. Tempoh lima tahun bercinta masih tidak menampakkan arah untuk ke fasa seterusnya. Jadi saya mengambil keputusan untuk hidup sebagai 'single' sementara waktu. Lagipun saya tengok dia macam seorang pendiam dan tak 'hot' sangat masa tu. Memang jujurnya saya tak pernah teringat bahawa dia pernah berada dalam kelas saya. FARAH NABILAH UZAIMI Isteri "Tetapi dalam tempoh itu (tahun lepas) bermulah sesuatu yang tidak diduga dalam hidup saya secara tidak sengaja. "Kami masih lagi mempunyai 'WhatsApp Group' bagi rakan-rakan di kolej dulu. Satu hari Ezwan ada mesej nak cari pekerja. Jadi saya dengan pantas jawab 'ada' dan dia terus mesej saya secara personal. "Ketika itu kami tidak lagi berhubung sehinggalah beberapa bulan selepas itu Ezwan sekali lagi mesej saya beritahu dia berada di JB (Johor Bahru) memandangkan ketika itu saya bertugas di sana. "Jadi dia cuba ajak saja untuk keluar makan kerana saya telah menolongnya mencari pekerja sebelum ini dan kami pun keluar makan bersama," ceritanya lagi. Menurut Farah pertemuan pertama kali itu tidak berhenti di situ memandangkan selepas itu rakan-rakan kolejnya ingin mengadakan 'reunion'. Farah bersama suaminya merupakan rakan sekelas ketika di kolej pada 2012. "Kami ramai-ramai bertemu dalam satu majlis dan selepas itu kami tidak lagi bertemu buat seketika. Tiba-tiba dia mesej ajak saya pergi melawat Singapura (USS). Saya terus bersetuju dan teman dia berjalan-jalan di sana dan selepas itu dia terus pulang ke Kuala Lumpur. "Dua bulan selepas itu ketika hari lahir saya (22 November), dia melamar saya untuk menjadi buah hatinya. "Sebulan kemudian dia datang bertemu ibu bapa saya dan April lalu kami bertunang. "Lima bulan kemudian saya telah bergelar isterinya," luah Farah yang kini sedang berbulan madu di London bersama Ezwan yang kini bergelar suaminya. Menurut Farah, dia sangat bersyukur kerana Ezwan seorang yang tenang dan mempunyai ciri-ciri seorang suami yang diperlukan. Farah berkongsi saat indahnya di Twitter dan mendapat lebih 2,000 ulang kicau. "Ya, kalau dulu memang saya tak pandang dia, tetapi semakin lama mengenalinya barulah tahu sikap sebenar Ezwan. Dia seorang yang kelakar dan pandai ambil hati orang tua. "Saya memang bersyukur walaupun tidak pernah terbayang bahawa dia akan jadi suami saya hari ini. Itulah orang cakap, apa yang kita inginkan tidak semestinya dapat kerana Allah akan memberi apa yang kita perlu. "Sebelum ini saya hanya berangan untuk berkahwin dengan lelaki kacak, tinggi yang lebih kepada penampilan fizikal. "Dengan Ezwan juga dapat saya dapat memenuhi impian untuk mengadakan 'beach wedding'. Alhamdullilah semua berjalan lancar di kedua-dua belah pihak," katanya yang telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk bersama suaminya.