KEADAAN jerebu rentas sempadan di Malaysia semakin buruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan tahap sangat tidak sihat di beberapa kawasan. Kesannya, banyak sekolah terpaksa ditutup dan ada antara kita mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma dan sakit mata. ARTIKEL BERKAITAN: Manis Sangat Batu Nisan Ni! ARTIKEL BERKAITAN: Wajah perokok terpampang di skrin gergasi stadium, kata Syed Saddiq “Hormati hak orang lain untuk tidak mati awal...” Dilaporkan, keadaan jerebu berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia dan berdasarkan maklumat daripada Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), sehingga 14 September, kawasan seluas 328,724 hektar terjejas akibat kebakaran itu. Keadaan jerebu di Putrajaya pada 14 September lalu. Dalam kebimbangan itu, keadaan jerebu dijadikan perumpamaan seperti perokok yang sebelum ini tidak prihatin menghembuskan asap rokok sesuka hati. “Stres tak bila kita tak bakar hutan, tapi terpaksa sedut asap dari negara sebelah yang bakar hutan? Itulah perasaan orang yang tak merokok waktu lepak dekat mamak satu ketika dulu,” menurut perkongsian di laman sosial Tweetfamous @_AmranFans pada Rabu. Setakat ini, perkongsian tersebut diulang kicau lebih 24,000 kali dan mendapat lebih 14,000 tanda suka (like). Perkongsian di laman sosial mengenai rokok dan jerebu mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen bersetuju dengan perumpamaan tersebut kerana kebakaran hutan secara berleluasa atau merokok memberi kesan kepada orang lain. “Peringatan halus yang menusuk jiwa para perokok, sambil berhumor,” tulis seorang netizen. Stres tak bila kita tak bakar hutan, tapi terpaksa sedut asap dari negara sebelah yang bakar hutan? Itulah perasaan orang yang tak merokok waktu lepak dekat mamak satu ketika dulu. AMRAN FANS “Betul tu... kan dah susahkan semua orang. Hmmm,” ujar seorang lagi netizen. “Perokok tak payah beli rokok, sedut jerebu tu sampai sampai hilang kan dah menjimatkan kos kat situ. Ni tak, dah lah tengah jerebu teruk masih kau tambah pula dengan asap yang keluar dari lubang hidung kau tu,” komen seorang netizen dengan nada berang. Kebakaran hutan di tengah Kalimantan, Indonesia. Foto Handout/BORNEO ORANGUTAN SURVIVAL FOUNDATION/AFP Pada masa sama, perumpamaan antara kebakaran hutan dan merokok itu turut dijadikan bahan jenaka dalam kalangan netizen. “Yang lagi pelik, perokok pakai topeng muka sebab jerebu,” kata seorang netizen menyindir reaksi segelintir perokok ketika negara dilanda jerebu. Bagaimanapun, terdapat komen netizen yang meletakkan kesalahan kepada orang awam apabila perokok menghisap rokok di tempat awam. Komen netizen mengenai jerebu dan rokok. “Stres bila sah-sah nampak kita orang merokok tapi saja nak pergi duduk sebelah kita orang. Sekali dengan anak-anak dia, bayi tambah ibu mengandung semua. “Padahal dekat tempat tak ada orang merokok tak nak pula duduk. Lepas tu buat isyarat ‘eh busuklah. Euwwwwww,” tambahnya. Penguatkuasaan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan akan dikuatkuasakan serta merta pada 1 Januari 2020. Ketika ini dalam tempoh pendidikan larangan merokok, di mana perokok mula meninggalkan premis sejauh tiga meter untuk menghisap rokok dan segelintirnya didapati masih ingkar dengan berbuat demikian di kedai makan.