"KU sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari." Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan kisah keruntuhan rumah tangga sepasang suami isteri sekitar lima tahun lalu dan ia berlaku kerana kehadiran orang ketiga. Menurut si isteri, suaminya 'kantoi' mempunyai hubungan dengan rakan sekerja sewaktu dia sedang berpantang selepas melahirkan anak kembar sulung mereka. ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi mampus la dia mengandung” - Jururawat dicekup khalwat dengan suami orang ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri! "Bekas suami saya balik dari outstation belikan semua makanan kegemaran lepas tu layan baik gila. Sarapan atas katil. "Rupa-rupanya dia bukan pergi outstation tapi baru balik bercuti dengan awek dia," tulisnya di Twitter. Selepas buat keputusan bercerai, saya dapat tawaran sambung belajar luar negara. Dua tahun saya di sana. Pada saya, kita sebagai wanita kena tahu nilai diri. FINA Hanya ingin dikenali sebagai Fina, wanita berusia 26 tahun ini yang ketika itu menetap di Kuantan, Pahang mengakui cukup sedih apabila terkenangkan detik hitam tersebut. "Masa sebelum kantoi saya dapat rasakan hubungan dingin sejak saya hamil. Dia kata nak pergi outstation ke Kuala Lumpur sebab nak naik pangkat. "Saya kemas baju dia walau dalam pantang. Lepas balik outstation tiba-tiba dia baik lain macam. Layan elok-elok, saya rasa disayangi. Saya fikir mungkin dia rindu lama tak jumpa. "Tak lama lepas tu saya rasa tak sedap hati, saya tanya bos dia. Rupa-rupanya dia tak pergi outstation. Bila pergi pejabat dia, saya orang terakhir tahu dia skandal dengan rakan sekerja," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Rabu. Perkongsian wanita itu di Twitter. Tambah Fina, detik itu menjadi permulaan kepada pertengkaran antara dia dan suami sebelum mereka bercerai secara sah, lima bulan kemudian. Biarpun sedih, dia bagaimanapun menerima berita gembira selepas kejadian itu apabila diterima menyambung pengajian di United Kingdom (UK). "Selepas buat keputusan bercerai, saya dapat tawaran sambung belajar ke luar negara. Dua tahun saya di sana. "Pada saya, kita sebagai wanita kena tahu nilai diri. Bila diduakan, saya rasa ia tak berbaloi, tak patut dibuat begitu. "Bila saya kongsi kisah ni, ada orang kata takut nak kahwin. Hidup ni satu perjalanan, kita kena pandang positif," ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga sekali lagi pada Julai lalu. Kata Fina, hubungan bekas suaminya dengan rakan sepejabatnya itu juga tidak berkekalan dan suaminya dikhabarkan berkahwin dengan seorang janda. Tambahnya, dia tidak menyalahkan suaminya dan menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran.