suria

Menangis tahan sakit, doktor asyik cakap gastrik, tok bomoh kata disihir rakan wanita... endoskopi jawab kesakitan melampau bakal peguam!

Naufal dimasukkan ke hospital akibat sakit perut melampau.

OBSES dengan makanan pedas akhirnya membawa padah buat jejaka ini.

Selepas dua minggu menahan sakit perut melampau, dia akhirnya terpaksa bermalam di hospital selama dua hari.

Pemeriksaan doktor mendapati usus Mohamad Naufal Mohamed Nasorllah Antezen mengalami keradangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil hati sikap anak, ibu tua nekad lari rumah... sakit perut dituduh sebab bela saka - “Hantu dalam perut dok makan, dia kata”

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit perut makan pedas sampai koyak seluar dalam? Pelajar terpaksa beri penjelasan, akui postingnya ‘masuk air’

Selain itu, injap ususnya juga sedikit longgar dan dia disahkan mengalami Gastro Esofagus Refluks Disease (Gerd), simptom pedih ulu hati yang juga gangguan penyakit pencernaan kronik apabila asid dalam pertu mengalir semula ke saluran esofagus.

Bercerita kepada mStar, graduan undang-undang yang mesra disapa Naufal itu mengakui kini serik untuk menikmati makanan pedas kegemarannya.

Sebelum ni doktor cakap gastrik je. Saya dah jumpa ustaz. Ada juga jumpa pengamal perubatan macam bomoh. Dia kata ada sihir, sejujurnya tak percaya.

MOHAMAD NAUFAL MOHAMED NASORLLAH ANTEZEN

"Dari kecil saya suka makan pedas. Sebut sahaja makanan pedas yang viral, semua saya cuba. Maggi Samyang seminggu dua tiga kali, ayam pedas McD, ayam penyet hampir setiap hari.

"Makanan dah pedas saya minta ekstra pedas lagi, minta cili potong. Selain itu, tak jaga waktu makan turut jadi punca. Saya start sakit perut tiga minggu lepas.

"Rasa perut tak selesa, makan muntah, badan rasa lemah. Sakit sampai tak boleh berdiri, sampai menangis tahan sakit," ujarnya sewaktu dihubungi.

Menurut anak kelahiran Muar, Johor yang berusia 25 tahun itu, dia sebelum ini hanya diberitahu menghidap gastrik setiap kali pergi mendapatkan rawatan.

Posting Naufal di Twitter.

Namun, dia berasa hairan kerana sakit yang dialami tidak seperti sakit gastrik sehingga dia terpaksa mencari rawatan alternatif.

"Sebelum ni doktor cakap gastrik je. Saya dah jumpa ustaz, dia bagi air penawar. Ada juga jumpa pengamal perubatan macam bomoh. Tok bomoh kata ada sihir, sejujurnya saya tak percaya, tapi masa tu takut juga. 

"Takkanlah sampai macam tu, saya tak ada musuh dengan sesiapa pun. Tok bomoh kata perempuan yang saya kenal buat sebab tak puas hati saya tak layan dia.

"Bila pergi hospital dan buat ujian endoskopi yang masukkan kamera dalam perut ikut mulut, barulah tahu sakit Gerd," ujarnya lagi.

Naufal kini dalam proses pemulihan dan perlu membuat pemeriksaan susulan dengan doktor.

Dia juga sedaya upaya mengelakkan sebarang juadah pedas dan mahu memberi tumpuan kepada kesihatannya selepas ini.

Dalam pada itu, posting Naufal mengenai kisah itu turut menarik perhatian ramai di Twitter.

Selain dihujani komen, ia turut menerima lebih 34,400 ulang kicau (Retweet).

"Pernah rasa sakit macam ni. Sebab terlampau kenyang and pedas. Sakit hulu hati dia tu tak boleh bawa bincang.

"Aku tengah rasa benda yang sama ni. Memang kena buat check up la ni?

"OMG saya pun selalu ada sakit perut macam awak kena ni aduh lepas baca ni terus rasa tak nak makan pedas dah," tu

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Gerd, sakit perut, pedas

Artikel Lain