suria

“Dia tak pernah ada untuk saya” - Dipermainkan seorang awek, bro ni berjaya buat ramai gadis lain cair dengan suara dan lagunya yang syahdu

Muqris minat menyanyi ketika berusia 15 tahun.

"DIA telan microfon ke? Suara sedap namatey (nak mati)!"

Begitulah antara komen netizen mengenai video nyanyian seorang pemuda yang tular di laman Twitter.

Menerusi video itu, Mohamad Muqris Ahmad Radi menyanyikan lagu ciptaannya Aku Kan Pergi dengan penuh perasaan.

Pemuda berusia 19 tahun itu bagaimanapun tidak menduga video nyanyiannya berdurasi 2 minit 9 saat itu berjaya menambat hati netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Terkejut orang Korea tengok gadis Malaysia busking di Seoul, "dia terpegun dan kata 'daebak'..."

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

"Sebenarnya saya dan kawan-kawan lain saja-saja nyanyi. Waktu tu kami semua di rumah sewa.

Video nyanyian Muqris tular di Twitter.

"Saya ingatkan kawan record untuk simpanan peribadi tapi dia post senyap-senyap di Twitter tanpa pengetahuan saya.

"Saya terkejut jugalah video tu jadi viral. Sebenarnya sebelum ni kami pernah post (video nyanyian) tapi tak seviral kali ini," kata ketika dihubungi mStar.

Menurut penuntut Diploma Pengurusan Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, lagu itu dihasilkan menerusi pengalaman dirinya dan beberapa rakan lain yang pernah putus cinta.

"Lagu tu korus saya buat pada 2017. Kemudian intro dan bridge pada 2019 setelah ramai kawan saya minta saya habiskan lagu tersebut sebab best.

Saya pun dah tak ada perasaan dekat bekas kekasih saya. Apa yang tinggal hanyalah cebisan kenangan.

MOHAMAD MUQRIS AHMAD RADI

Penuntut UiTM Shah Alam

"Saya ada dengar banyak kisah kawan-kawan saya yang putus cinta tapi setahun kemudian tak sangka pula saya sendiri merasai sakitnya putus cinta apabila ditinggalkan begitu saja oleh bekas kekasih.

"Basically korus lagu tu kisahkan betapa sakitnya ditipu bekas kekasih, bukan sekali tapi banyak kali.

"Saya yang kena 'gantung' pilih untuk tinggalkan dia sebab dia tak pernah ada untuk saya sedangkan saya selalu ada bila dia perlukan saya," katanya.

Muqris gemar membuat cover lagu di Instagram untuk menghiburkan orang ramai.

Namun Muqris menjelaskan bahagian korus mengenai teman wanita meninggalkannya untuk kembali kepada bekas kekasihnya tidak berlaku.

"Dalam korus saya cakap (kekasih) kembali kepada bekas teman lelakinya tapi itu tak berlaku sebenarnya.

"Part tu saya masukkan berdasarkan kisah putus cinta kawan-kawan. Ramai mengalami pengalaman itu," katanya.

Dek kerana lirik yang mendalam itu, rata-rata netizen menggesa Muqris supaya melupakan kekasihnya.

"Sebenarnya saya dah move on sebab perkara tu dah agak lama. Mungkin ramai salah faham dengan kapsyen posting kawan saya di Twitter.

"Saya pun dah tak ada perasaan dekat bekas kekasih saya. Apa yang tinggal hanyalah cebisan kenangan," katanya.

Mesra disapa Muqris, anak kelahiran Bangi, Selangor ini mendedahkan dia memang minat menyanyi sejak di bangku sekolah menengah.

Antara respons positif netizen terhadap suaranya.

"Saya memang minat menyanyi sejak main gitar pada 2015. Waktu tu saya bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

"Tapi saya tak pernah masuk mana-mana pertandingan atau uji bakat. Saya kurang minat sebab saya tak suka orang nilai suara saya," katanya yang sering membuat cover lagu di Instagramnya.

Dalam pada itu, Muqris tidak menolak peluang untuk mengembangkan bakat nyanyiannya tetapi tetap akan mengutamakan pelajaran.

"Saya tak menolak peluang untuk jadi penyanyi tapi saya kena seimbangkan minat terhadap muzik dengan pelajaran saya.

"Kalau tak sia-sia saja saya belajar. InsyaAllah habis pengajian peringkat diploma nanti saya mahu sambung bidang pendidikan.

"Saya minat nak jadi guru sebenarnya sebab saya suka kanak-kanak. Apa pun pendidikan dan muzik kena selari kerana kedua-duanya sama penting," kata anak ketiga daripada enam beradik ini.

Muqris bersama ibunya.

Video nyanyian Muqris di Twitter yang dimuat naik sahabatnya, Aqiem sehingga kini menerima lebih 400,000 tontonan.

Malah tweet tersebut turut menerima lebih 35,000 ulang kicau dan 32,400 tanda suka.

"Suara dia sedap teruk. Hmmmm jadilah boyfriend aku... Aku pun single lama dah ni," kata Syahirah.

"Sedapnya suara dia sampai boleh feel the lyrics," tulis Syaza.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain