NIAT seorang pemuda bersama rakannya untuk membantu golongan gelandangan disalahertikan oleh segelintir netizen. Ia menjadi perhatian apabila tangkapan skrin perbualan kedua-dua rakan itu menerusi aplikasi WhatsApp dimuatnaik di Twitter. “Kalau ada dapat 200 komen 300 like (tanda suka) dan 400 retweet (ulang kicau) kita pergi bagi gelandangan makan jadi?” katanya pada lewat petang Ahad sebelum rakannya memaklumkan tentang sasaran jumlah itu perlu diperolehi dalam tempoh 48 jam. ARTIKEL BERKAITAN: Anjing, kucing jalanan makan 'mewah' kerana lelaki ini berhutang - "Saya makan nasi dengan telur goreng cicah kicap dah cukup" ARTIKEL BERKAITAN: Setiap tahun wanita India ini tak pernah ‘missed’ datang surau, “Dia sedekah, hantar borang minta buat tahlil...” Namun kurang 24 jam, perkongsian tersebut mendapat lebih 200 komen, lebih 2,000 like dan diulang kicau lebih 2,000 kali. Perkongsian seorang pemuda meraih perhatian netizen. Seorang netizen mengucapkan kesyukuran kerana masih ada lagi insan yang mahu membantu golongan yang memerlukan. Dia bagaimanapun mempersoalkan kewajaran pemuda itu dalam meraih perhatian bagi membuat kebaikan. “Nak kena retweet komen bagai ke nak buat baik? Nanti mintalah orang retweet komen kalau nak pergi syurga ya,” katanya dengan sinis. “Kamu tahu kamu boleh saja keluar dan melakukannya hari ini kan?” soal netizen yang lain. “Memang kalau nak sedekah, wajib ada like, komen dengan retweet ke?” tulis yang lain. Perbualan dua rakan yang mahu membantu golongan gelandangan. Menerusi bebenang perkongsiannya, pemuda tersebut kemudian tampil memberi penjelasan bahawa postingnya itu bukan mahu bersikap riyak tetapi untuk mempelawa orang ramai melakukan perkara yang sama. “Okey, sekarang ni saya bukan nak riyak. Saya buat macam ni sebab nak dapatkan perhatian daripada semua orang. Bukan aku nak perhatian untuk dapat retweet banyak ke, aku tak nak pun. Aku hanya nak perhatian untuk sama-sama tolong orang yang tak berkemampuan. Aku nak kongsi pahala dengan semua orang. PEMUDA “Macam Daboba (minuman teh bubble) kau orang tengok ramai orang beli mesti kau orang pun nak cuba juga kan. “Aku tengok orang buat macam ni ramai yang bagi perhatian, jadi bila aku buat aku nak perhatian untuk semua buat pahala sama. Sekadar nak beritahu, jadi sesiapa yang nak ikut nanti aku beritahu tarikh,” katanya. Kritikan netizen mengenai hasrat seorang pemuda untuk membantu golongan gelandangan. Dia menegaskan bahawa apa yang dilakukannya itu hanya mahu semua pihak menolong golongan yang kurang berkemampuan. “Bukan aku nak perhatian untuk dapat retweet banyak ke, aku tak nak pun. Aku hanya nak perhatian untuk sama-sama tolong orang yang tak berkemampuan. Aku nak kongsi pahala dengan semua orang,” tambahnya. Walaupun dikritik, pemuda itu masih menerima sokongan daripada netizen yang bersetuju dengan hasratnya untuk membantu golongan gelandangan. Pemuda itu turut menerima sokongan daripada netizen. “Buat tak tahu je apa orang kata. Kita ajak buat baik, bising. Bila buat jahat pun, bising. Allah tahu niat kita, insyaAllah adalah tu pahala kita. Semoga kamu diberkatiNya,” tulis seorang netizen. “Tuhan tahu niat semua orang bro. Jangan ambil hati dengan komen-komen negatif. Teruskan usaha, di sini memberikan sokongan sepenuhnya,” kata netizen yang lain. “Moga dipermudahkan segala urusan. Hanya Allah saja yang tahu niat murni awak tu. Moga Allah membalasnya dengan penuh keberkatan,” tambah seorang lagi.