DISAHKAN menghidap kanser Synovial Sarcoma (ketumbuhan) tahap 4 dua bulan sebelum majlis pernikahan benar-benar memberi tamparan hebat kepada pasangan sahabat baik selama 10 tahun ini. Malah, Nur Atikah Hamidon juga terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser yang merebak ke paru-paru kirinya sebulan sebelum dia dan tunangnya, Muhammad Zarul Syafiq disatukan di jenjang pelamin. Namun Nur Atikah berkata dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup selepas berjaya mengharungi pembedahan berisiko tinggi pagi Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Derita bayi 3 bulan hidap kanser otak, tiada suara, tak boleh melihat, “Luluh hati mummy, satu lagi ketumbuhan di buah pinggang” ARTIKEL BERKAITAN: “Denyutan jantung bagaikan terhenti” - Bapa sakit kanser diam-diam setuju jadi responden ujian kemoterapi... anak akhirnya temui jawapan "Doktor terpaksa buang separuh paru-paru kiri saya. Saya sedar pukul 6 pagi tadi. Waktu tu rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup. "Buka je mata doktor ucap congrats sebab berjaya harungi pembedahan kali ini. Saya rasa sebak tapi tak boleh bersuara dan pernafasan pun agak terhad kerana masih menggunakan tiub waktu tu," katanya yang kini masih lagi dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pasangan ini bersahabat baik sejak 10 tahun lalu. Mesra disapa Eykah, gadis berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu berkata dia diselubungi perasaan bimbang sehari sebelum pembedahan kerana mengenangkan nasibnya selepas itu. "Perasaan bercampur baur waktu tu. Sedih, risau dan takut semua ada. Siapa tak risau bila doktor kata pembedahan kali ini berisiko tinggi dan peratusan kematian memang ada. "Jadi sehari sebelum tu saya minta maaf dekat family dan tunang kalau ada salah silap. Saya minta mereka doakan saya kuat semasa pembedahan tu. Alhamdulillah segala persiapan dah settle sikit-sikit. Sebelum masuk wad saya dah ambil baju nikah dan sanding. Sekarang hanya tinggal nak sanding saja. NUR ATIKAH HAMIDON. "Alhamdulillah saya selamat selepas bertarung nyawa selama tujuh jam. Terima kasih di atas kata-kata semangat dan doa mereka semua," katanya. Mengenai majlis pernikahannya yang akan berlangsung pada 26 Oktober depan, Eykah berharap agar dia kembali sihat untuk hari bahagianya itu. "Ada tempoh 30 hari lagi untuk saya sembuh sebelum jadi pengantin. Saya pun dah tak sabar nak pakai baju nikah dan disatukan dengan kawan baik saya. Posting Eykah tular di Twitter. "Alhamdulillah segala persiapan dah settle sikit-sikit. Sebelum masuk wad saya dah ambil baju nikah dan sanding. Sekarang hanya tinggal nak sanding saja. "Namun majlis di pihak lelaki terpaksa dibatalkan kerana doktor plan nak buat kemoterapi. Memandangkan tumor makin membesar kemoterapi terpaksa ditangguhkan dan doktor proceed dengan pembedahan dahulu," katanya. Pada masa sama, gadis berusia 27 tahun itu turut terharu dan berterima kasih kepada tunangnya kerana sudi menerima keadaan dirinya ketika ini. "Mula-mula dulu saya menangis seharian mengenangkan nasib diri. Bermacam-macam persoalan berlegar di kepala. Saya bimbang boleh ke bakal suami terima? Apa pula reaksi family dia? "Payudara kiri saya juga dah tak berfungsi. Kalau tak ada anak sekali pun saya reda dan harap bakal suami setia dengan saya sampai bila-bila. Lega bila dengar dia cakap dia takkan tinggalkan saya. "Dia kata kenapa dia nak tinggalkan saya disebabkan sakit saya ni sedangkan kami dah berkawan lama. Alhamdulillah dia sentiasa menyokong saya dan menemani saya sepanjang proses rawatan di hospital," katanya sebak. Eykah disahkan menghidap kanser Synovial Sarcoma tahap 4. Eykah yang mengusahakan perniagaan Corndok Moza Tarik di Senawang berkata terkejut apabila disahkan menghidap kanser selepas mengalami serangan seakan-akan sakit jantung pada Mac lalu. "Sebelum tu tak ada rasa sakit apa pun. Cuma saya kena attack macam serangan sakit jantung masa tidur pada Mac lalu. Hasil pemeriksaan mendapati saya ada ketumbuhan dekat paru-paru. "Lepas tu bulan Jun sakit tu datang balik sampai tahap saya tak boleh tidur sebab sakit dada. Ketumbuhan itu juga ganggu tulang belakang. Saya tak boleh baring lurus... kena tinggikan bantal. "Saya juga cepat semput dan berpeluh-peluh macam orang berlumba lari. Sebab itulah doktor arahkan pembedahan segera dilakukan kerana tumor makin membesar," katanya. Perkongsian Eykah mengenai perkara itu mendapat 11,800 ulang kicau dan 14,300 tanda suka. Antara komen netizen di posting Eykah. Rata-rata netizen mendoakan agar gadis itu terus kuat dan urusan pernikahannya berjalan dengan lancar. "Semoga dipermudahkan segala urusan. Yakin kamu berdua berjaya menjalani ujian kerana Tuhan percaya kamu kuat. InsyaAllah baik-baik saja," tulis Shahril Rozali. "Keep fighting awak! Awak boleh! Sebab awak masih muda dan badan awak masih kuat untuk lawan. Jangan stress dan banyakkan rehat OK. Saya doakan awak sembuh dan free from cancer," kata Sarashiee.