suria

“Susah nak dapat lelaki macam tu” - Gadis ‘dulu gelap kini gebu’ pertahan bakal tunang, ubah penampilan diri sebab letih dihina

Mira kini cerah gebu selepas tekad mengubah penampilan dirinya.

SEORANG gadis menjadi perbualan di media sosial susulan posting teman lelakinya di Twitter yang dianggap sengaja mahu merendah-rendahkan rupa parasnya.

Rata-rata netizen memuji transformasi fizikal dan wajah mengagumkan gadis dikenali sebagai Nurshamira Shahimi itu.

Namun terdapat segelintir individu yang mempersoalkan sama ada Nurshamira atau lebih mesra disapa Mira mengambil suntikan untuk memutihkan kulit.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak kongsi perubahan awek dari gelap ke gebu, gemuk jadi kurus bawa padah - “Ramai suruh saya cermin diri dulu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Perkataan tu buat saya rasa hina sangat” - Dulu saiz XL kini XS, pensyarah kongsi tip kurus tapi tak tinggal ‘fast food’

Semuanya dek kerana perubahan kulit gelapnya kepada cerah gebu.

Mira bagaimanapun menafikan dia menggunakan produk pemutihan kulit segera menerusi kaedah suntikan.

Mira bakal bertunang dengan Huzairie pada 3 November depan.

"Saya tak berani nak cucuk-cucuk semua tu. Lagipun keluarga memang tak bagi.  Saya juga tak makan apa-apa suplemen.

"Mungkin effect lighting kamera tu yang buat saya nampak putih padahal tak pun. Kulit saya normal je, tak putih sangat... tak hitam sangat," katanya ketika dihubungi mStar.

Jelas gadis berusia 20 tahun itu, kebiasaannya dia hanya mengamalkan pemakaian losyen dan krim pada muka sebelum keluar rumah.

"Saya kerap cuci muka. Produk yang saya gunakan pun biasa-biasa je. Bila keluar rumah saya akan pakai sunblock dan krim muka.

"Saya pun tak tahu macam mana boleh putih. Mungkin juga sebab hari-hari sapu losyen dan banyak minum air masak," katanya.

"Saya juga gemar bersolek kerana ia membuatkan saya lebih yakin dengan diri sendiri. Selain itu saya pergi kelas make up sebab saya minat," katanya.

Transformasi luar biasa Mira.

Mengenai penurunan berat badannya, gadis dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu berkata dia sebenarnya tidak mengamalkan sebarang diet.

"Ramai ingat saya gemuk tapi sebenarnya saya jenis tembam. Berat badan dulu sekitar 50kg tapi sekarang turun kepada 44 kg.

"Saya tak diet pun cuma kurangkan makan malam. Saya pun tak minum minuman manis sejak bulan April tahun lalu. Saya selalu amalkan minum air masak 2 liter sehari," katanya.

Susah nak dapat lelaki macam tu. Sebelum perubahan sekarang dia terima saya seadanya. Dia bukan jenis terima saya bila dah cantik.

NURSHAMIRA SHAHIMI.

Mengulas mengenai posting teman lelakinya iaitu Muhammad Huzairie Yahya di Twitter, Mira tidak terasa hati dengan kata-kata tersebut.

"Saya OK je... tak ambil hati. Bagi saya dia tak buat salah pun sebab dia hanya jelaskan perubahan penampilan saya dari dulu, bukannya burukkan saya.

"Mungkin orang salah faham. Mereka tak ada dekat tempat kami dan tak tahu macam mana cerita kami. Tak apa. Biasalah mulut orang. Saya buat tak tahu je. Saya anggap ini dugaan untuk kami," katanya.

Tweet Huzairie dikecam ramai kerana dianggap sengaja merendah-rendahkan rupa paras Mira.

Malah Mira turut menegaskan transformasi dirinya bukan dilakukan semata-mata untuk Huzairie.

"Perubahan diri saya ini bukan disebabkan Huzairie. Saya memang niat nak berubah sebelum tu lagi. 

"Dulu dekat sekolah orang kutuk-kutuk hitam. Habis je sekolah menengah saya tekad nak putih, nak ubah penampilan diri sebab tak mahu orang hina saya hitam... buruk," katanya. 

Sementara itu, anak kedua daripada tiga beradik ini mengakui meminati Huzairie dan sering menghantar mesej di InstaStory pemuda itu.

"Dia memang crush saya. Dulu sebelum bercinta saya selalu stalk IG dia tapi waktu tu memang kami tak kenal satu sama lain.

"Satu hari tu saya mesej dekat InstaStory. Awal tu dia macam tak layan tapi beberapa hari kemudian barulah dia reply. Bila dia reply tu saya jadi seronoklah. 

Mira berkenalan dengan Huzairie menerusi Instagram.

"Start dari situ kami selalu mesej. Bila dia nampak effort saya, itu yang buat dia terima saya," katanya.

Mira yang bekerja di sebuah kilang di Teluk Kumbar, Pulau Pinang berkata dia berhasrat mengikat tali pertunangan dengan Huzairie kerana melihat kesungguhan pemuda berusia 23 tahun itu.

"Awal-awal dulu nampak dia macam main-main tapi bila dah lama-lama dia post pasal saya. Nampaklah kesungguhan dia tu. 

"Susah nak dapat lelaki macam tu. Sebelum perubahan sekarang dia terima saya seadanya. Dia bukan jenis terima saya bila dah cantik," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain