BAKAT unik seorang gadis yang boleh membuat bentuk hati menggunakan dua jarinya ternyata mengejutkan netizen. Menerusi foto tular yang dimuat naik di Twitter, ramai yang tertanya-tanya mengenai kebolehan itu, tidak kurang juga yang berjenaka mengenainya. Empunya badan, Farah Hazwani Jumadi, 24, sewaktu dihubungi mStar mendedahkan dia sedar akan kebolehan unik dirinya itu sejak kecil lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat kerja sebab ibu jari menakutkan, gadis 24 jari dituduh ‘edit’ gambar ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kolej tular gara-gara miliki ibu jari terlebih panjang Malah, dia juga sering menjadi perhatian rakannya sehingga diminta membuat bentuk hati menggunakan jari dalam persembahan nasyid yang disertainya. "Saya sebenarnya memang dari kecil jari jenis yang fleksibel, malah kawan-kawan sekolah pun memang suka main dengan jari saya. Foto jari Farah yang tular di Twitter. "Tetapi untuk bentuk hati tu memang spefisik saya buat bila kawan minta semasa latihan nasyid dekat Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya (UM). "Mereka yang minta nak tengok kalau-kalau saya boleh buat bentuk love," ujarnya pada Rabu. Ramai je yang kaitkan jari saya dengan several medical condition atau sindrom macam Marfan's syndrome. Tapi untuk kes saya, memang tak ada kena mengena dengan keadaan tu, ia sekadar jari fleksibel je. FARAH HAZWANI JUMADI Mengulas komen-komen netizen, dia yang mesra disapa Farah mengakui terhibur dan langsung tidak ambil hati dengan segelintir individu yang berjenaka mengenainya. Malah, pensyarah juga pernah menegur bentuk jarinya dan bertanyakan jika dia mengalami sebarang penyakit. "Ramai je yang kaitkan jari saya dengan several medical condition atau sindrom macam Marfan's syndrome. "Tapi untuk kes saya, memang tak ada kena mengena dengan keadaan tu, ia sekadar jari fleksibel je. Posting tular di Twitter. "Even masa saya study, lecturer pun tegur jari saya masa saya tengah rawat pesakit sebab dia curious kalau-kalau saya sakit," ujar graduan bidang pergigian itu. Sehingga kini, posting melibatkan foto jari Farah menerima hampir 40,000 ulang kicau (Retweet). Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen mereka menerusi ruangan balas posting berkenaan. "Love dia sumpah rare gila. Dah macam nak patah jari tu. "Serius laa boleh buat love macam tu? "Siapa nak try buat sila la ambil insurans dulu," komen beberapa netizen secara berjenaka.