suria

Pemuda India sebak dipeluk Ebit Lew, akui ia malam terindah dalam hidupnya - “Sedih... dah 6 tahun tak jumpa anak”

Ustaz Ebit bersama Raja yang membantunya semasa terlibat dengan kemalangan di Pulau Pinang.

UMUM sememangnya tahu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sering berkongsi kisah dakwahnya di media sosial.

Terbaharu, beliau meluahkan rasa terkesan dengan akhlak seorang pemuda India bukan Islam yang berhati mulia membantunya semasa terlibat dengan kemalangan di Pulau Pinang.

"Kira-kira 2 pagi tadi (Ahad) accident dari Pulau Pinang. Langgar besi besar panjang. Lima kereta berturut. Saya pertama langgar.Tapi rahmat Allah malam ni saya jumpa seorang India, Tiyahgah Raja. Baik sangat orangnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Panjat tebing tinggi demi 'kakak mualaf' inginkan hidayah

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa makcik tua di klinik kesihatan, bayi Cina disuruh letak nama Melayu... tiga bulan kemudian lelaki ini bawa 2 isteri, 6 anak peluk Islam

"Lepas angkat alihkan dan pegang besi besar, Raja offer saya naik keretanya sampai nak hantar balik rumah.Inilah rahmat malam ni. Dapat berkongsi dan berdakwah. Allahuakbar.

"Terkesan dengan akhlaknya dia seorang India dan bukan Islam. Fasih sangat berbahasa Melayu. Abang ni suka tolong orang, dah 30 tahun jadi driver selalu tolong orang. Dari mula sampai habis walau keretanya boleh berjalan, dia sibuk tolong semua orang," katanya.

Kenderaan dinaiki Ustaz Ebit termasuk empat kenderaan lain melanggar besi besar dan panjang di lebuh raya.

Namun Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau sebak dengan kisah kehidupan pemuda tersebut.

"Sedih sebak dengar kisah hidupnya. Kerja siang malam untuk keluarga. Tapi diuji kini duduk seorang diri kerana salah faham. Dia menangis rindukan dua anaknya, dia setia dan tiada orang lain selain rindukan anaknya.

Dia tak mabuk, tapi kerana fitnah keluarganya musnah.  Dah 6 tahun tak jumpa anak. Semoga Allah lembutkan hati isteri dan anaknya.

USTAZ EBIT LEW.

Pendakwah bebas.

"Sepanjang perjalanan kami cerita hikmah kerana kebaikan Allah selamatkan dari musibah lebih besar.  

"Dia tak mabuk, tapi kerana fitnah keluarganya musnah.  Dah 6 tahun tak jumpa anak. Semoga Allah lembutkan hati isteri dan anaknya," katanya.

Jelas Ebit, sewaktu sampai di rumahnya, beliau memeluk Raja sebagai tanda terhutang budi dan rasa sayang padanya.

Ustaz Ebit dihantar pulang ke rumah oleh Raja.

"Dia sebak dan katanya sepanjang hidup 30 tahun saya tak pernah ada seorang ustaz peluk saya. Bertuah dapat jumpa ustaz. 

"Ulangkali dia ucap begitu. Katanya dia selalu niat tolong orang dan katanya - tak pernah jumpa seseorang seperti ustaz. Ini malam paling indah dalam hidup saya," ceritanya.

Malah katanya lagi, banyak hikmah susulan kemalangan kecil yang menimpanya itu.

"Malam ini banyak saya pelajari. Hikmahnya perjalanan malam ini dapat berbual dengan abang ini dua jam. Dia suka sangat dan hormat pada Islam.

"Dari tadi mesej-mesej dengan saya sukanya pada kebaikan Islam ini. Ini semua rahmat Allah. Inilah jawapan untuk malam ini. Terima kasih Allah," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ebit Lew, pemuda India, kemalangan

Artikel Lain