HATI mana yang tidak pilu melihat seorang lelaki warga emas melambaikan tangan di hentian teksi dekat sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, tetapi tiada yang berhenti. Namun, seorang wanita yang sedang menunggu di dalam kereta di tepi jalan sementara suaminya membuat urusan cukai jalan ditakdirkan bertemu dengan lelaki tua bertongkat itu. ARTIKEL BERKAITAN: Sesak teruk KL-Kelantan 22 jam baru sampai, terdetik elok jalan kaki je sebelum terserempak lelaki di pembahagi jalan “Someone really did it” ARTIKEL BERKAITAN: Bukan derma, lelaki ini sebenarnya nak jual buah pinggang! Tiada MyKad nak mohon bantuan, “Tak kisah bayar berapa asalkan...” Wanita berkenaan, Fatin Nabila Zulbrynur berkata, warga emas itu yang berada di Kuala Lumpur bagi mendapatkan bantuan cuba untuk mendapatkan teksi ke stesen LRT berdekatan untuk pulang ke rumahnya di Petaling Jaya, Selangor. Pakcik Ahmad ditumpangkan ke Stesen LRT Masjid Jamek. Bersimpati dengan warga emas itu, Fatin, 25, bersama suaminya cuba membantu lelaki yang dikenali sebagai Pakcik Ahmad dan berusia 81 tahun itu dalam kejadian pada petang Jumaat lalu. “Kasihan pakcik tu, tambah sedih bila tengok seluar pakcik tu basah. Mungkin dia tak perasan dia dah terkencing dalam seluar sebab sakit tua. “Kami tawarkan untuk tumpangkan ke stesen LRT. Mulanya kami nak letak lapik kat tempat duduk. Tapi kami tak sampai hati buat depan dia sebab tak nak dia tersinggung. “Jadi kami biarkan saja pakcik tu duduk macam tu di tempat duduk belakang. Memang kuat bau hancing tu dalam kereta tapi tak apalah sebab nanti boleh basuh,” katanya kepada mStar, sambil menambah mereka menghantar warga emas itu ke Stesen LRT Masjid Jamek. Keadaan warga emas yang uzur itu menyukarkannya berjalan biarpun menggunakan tongkat sehingga suaminya perlu memimpinnya ke dalam stesen dan membeli tiket. Tiada pemandu teksi yang mahu menghantar pakcik ini. Fatin yang berasal dari Shah Alam, Selangor bagaimanapun kesal dengan sikap pemandu teksi yang enggan membawa warga emas itu. “Sebelum itu kami menahan sebuah teksi yang menunggu di stesen LRT, dan kami beritahu kepada pemandu teksi itu perkara sebenar, mengenai pakcik ni terkencing dalam seluar dan sanggup bayar tambang lebih untuk hantar dia balik ke rumah. “Pemandu teksi tu terus kata tak nak dan beredar. Kami ingat nak tempah khidmat Grab, tapi masa tu fikir macam-macam yang tak kena, jadi kami batalkan hasrat tu,” katanya yang menetap di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Kami beritahu pemandu teksi itu perkara sebenar, mengenai pakcik ni terkencing dalam seluar dan sanggup bayar tambang lebih untuk hantar dia balik ke rumah. Pemandu teksi tu terus kata tak nak dan beredar. FATIN Fatin yang juga pemandu pelancong menjelaskan dia dan suami mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan ketika itu, sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat menghantar warga emas itu pulang. Tambahan pula katanya, ketika itu waktu puncak dengan kesesakan lalu lintas, tetapi mereka cuba sehabis baik bagi menyelesaikan masalah Pakcik Ahmad. “Kami terpaksa biarkan kereta diletakkan di tepi jalan secara haram kerana menghantar pakcik sampai ke platform. Kalau kereta kena saman ke apa ke biarlah. Pakcik Ahmad sukar untuk berjalan meskipun menggunakan tongkat. “Di platform, masa pintu tren dibuka, ramai pula yang berebut-rebut keluar masuk sampai saya dan suami yang sepatutnya hantar pakcik tu, termasuk sekali ke dalam dan tak sempat keluar balik. “Sudahnya kami hantar hingga ke stesen berikutnya di Pasar Seni, dan sempat berpesan kepada penumpang lain untuk tolong tengokkan pakcik ni turun di Stesen Taman Bahagia,” ujarnya yang turut memberikan sedikit wang belanja untuk warga emas itu. Fatin bersyukur apabila warga emas yang berasal dari Melaka itu memaklumkan menerusi panggilan telefon bahawa dia selamat pulang ke rumahnya di Sungai Way, Petaling Jaya. “Pakcik Ahmad ni peramah orangnya, banyak yang dia cerita. Tapi kasihan sebab dia tinggal seorang, belum berkahwin dan tak ada anak-anak atau sesiapa jaga dia. Katanya, adik-beradik lain ada di Melaka. “Katanya, rumah dia kotor dan busuk. Tak ada katil, tidur pun atas kerusi. Bumbung rumahnya juga bocor. Sebak dengar cerita Pakcik Ahmad, InsyaAllah kami akan datang menjenguknya,” katanya.