SEKADAR suka-suka berkongsi video Boomerang bersama kawan-kawannya di Twitter, kapsyen jejaka ini mengundang perhatian ramai. Ia susulan teguran mengenai tatabahasa bahasa Inggeris yang digunakan oleh jejaka berkenaan sehingga menerima pelbagai komen daripada netizen. Menerusi posting itu, dia yang hanya ingin dikenali sebagai Ashraf menulis kapsyen 'Do you prefer who' sebelum seorang individu membalas 'I prefer English Class' seolah-olah menyuruh dia mengikuti kelas untuk memperbaiki penguasaannya dalam bahasa Inggeris. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun pelik, dia belajar sendiri sampai orang kampung panggil dia Aishah London” - Bapa murid petah B.Inggeris ARTIKEL BERKAITAN: "Boleh cakap English sikit terus nak buka kelas..." - Kemampuan lelaki Melayu cakap Inggeris dipertikai Bercakap kepada mStar, remaja berusia 17 tahun yang menetap di Setiu, Terengganu itu mengakui tidak terkesan dengan teguran berkenaan. Ujarnya, dia hanya menyedari tweet individu itu yang menerima 15,000 ribu ulang kicau (Retweet) setelah bangun tidur pada pertengahan September lalu. Ada juga orang pertahankan saya. Saya nak ucap terima kasih. Lagipun ia kapsyen Twitter je. Saya tak perasan sebab dah nak tidur. Bahasa Inggeris saya OK je, lulus je dalam exam. ASHRAF "Saya upload malam sebelum tidur, bangun pagi tengok dah blow up. Saya perasan bila banyak notification masuk. "Taklah terkejut sangat, sebab tak perasan pun pasal grammar salah tu. Saya pun tak rasa apa-apa. Lantak diaorang lah. Paparan skrin boomerang mereka di Twitter. "Lebih baik kalau dia tegur terus melalui direct message (DM) atau chat pada Ashraf. Boleh je tegur elok-elok," ujarnya. Dalam pada itu, Ashraf turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang memberi komen yang baik mahupun buruk mengenai kesalahan tatabahasa dalam kapsyen yang dibuat olehnya. "Ada juga orang pertahankan saya. Saya nak ucap terima kasih. Lagipun ia kapsyen Twitter je. Saya tak perasan sebab dah nak tidur. Bahasa Inggeris saya OK je, lulus je dalam exam. Antara komen di Twitter. "Yang kecam pun saya ucap terima kasih juga. Masa tu saya baru tiga hari buat Twitter. Lepas kena kecam, followers naik lebih 500 dalam sehari," katanya lagi. Imbas Ashraf, video Boomerang bersama rakan-rakannya itu dirakam di Pantai Penarik, Setiu. Jelasnya lagi, dia juga tidak bercadang memadam posting berkenaan biarpun terdapat ratusan komen yang memperlekehkan penguasaan bahasa Inggerisnya.