suria

Pasangan sekuliah buat ramai tertanya-tanya, dulu macam ‘nerd’ kini mengancam – “Bincang punya bincang keluarga kata lebih baik kahwinkan aje”

(kiri) Di awal perkenalan Anis dan Muhammad Noorfikri semasa di UiTM pada 2014. (kanan) Gambar terkini selepas berkahwin. Foto ihsan Anis Afifah Hamzah

PERBEZAAN ketara penampilan pasangan yang dahulunya kelihatan ‘nerd’ tetapi kini berubah kepada lebih mengancam menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

“Gambar pertama (2014) gambar kedua (2019). Dari seorang kawan kepada seorang suami,” demikian menurut perkongsian di laman sosial Twitter sehingga meraih kata-kata pujian.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis tergamam, tunang terima mesej ‘sayang’ daripada perempuan lain, “Pelanggan terpaksa dedah misteri ucapan romantik”

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan Untuk Mak Abah Menjadi – Tunang Jarak Jauh

“Makin cantik adalah plus nampak muda,” tulis seorang lagi.

Wajah ceria Anis dan Muhammad Noorfikri.

“Macam mana awak ubah fesyen dia?” tanya seorang netizen.

“Perempuan makin cantik apabila umur makin meningkat... boleh tanya yang berjambang tu orang yang sama?” tanya netizen yang lain seakan tidak percaya lelaki berjambang itu adalah suaminya.

Pengguna Twitter itu, Anis Afifah Hamzah, 23, berkata, dia tidak menyangka perkongsiannya itu tular kerana pada awalnya kedua-dua gambar tersebut dimuat naik bagi menyahut cabaran perhubungan yang kini menjadi trend di laman sosial.

Anis mengakui kedua-dua mereka berperwatakan seperti 'nerd' di universiti.

Dia menganggap perbezaan ketara disebabkan gambarnya bersama suami, Muhammad Noorfikri Shamsudin ketika penampilan mereka umpama nerd di awal perkenalan semasa sama-sama belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seremban 3, Negeri Sembilan.

“Kami tak lah nerd tapi saya akui penampilan ketika itu macam nerd sebab pakai cermin mata, saya pakai pendakap gigi dan dia tak ada jambang.

Agaknya kami asyik dilihat bersama je kat universiti, tu yang perempuan takut nak dekat. Mungkin orang ingat dia tu saya punya, sedangkan kawan baik.

ANIS

“Saya pakai pendakap gigi untuk dua tahun saja, lepas tu tanggal dan sekarang lebih rajin pakai kanta lekap. Suami pula dulu pakai cermin mata semasa belajar sebab power dia rendah, jadi bila tak pakai cermin mata dan berjambang tu nampak berbeza,” katanya kepada mStar.

Berkongsi kisah cinta, pasangan yang disatukan sebagai suami isteri pada 13 Oktober 2018 ini sebenarnya rakan sekelas dalam jurusan sains sukan di universiti.

Disatukan sebagai suami isteri pada Oktober 2018.

Malahan, menurut Anis, jodoh mereka bertambah kuat apabila kedua-duanya menjalani latihan praktikal di tempat yang sama.

“Kami belajar sama dan bersukan pun bersama. Semasa di universiti, kami sama-sama buat urutan sukan secara sambilan. Kami juga sama-sama melibatkan diri dalam seni silat.

“Agaknya kami asyik dilihat bersama je kat universiti, tu yang perempuan takut nak dekat. Mungkin orang ingat dia tu saya punya, sedangkan kawan baik,” katanya secara berseloroh.

Walaupun banyak persamaan dan sering melakukan aktiviti bersama-sama sejak di universiti, Anis mengakui terdapat perbezaan antara mereka.

“Suami saya jenis banyak cakap dan saya pula pendiam, hanya rancak bercakap kalau dah kenal orang tu,” katanya yang merupakan petugas di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri di Rembau, Negeri Sembilan.

Dari rakan sekelas di UiTM sehingga bergelar suami isteri.

Menurut Anis, hubungan mereka lama-kelamaan semakin serius meskipun tidak pernah mengisytiharkan sebagai pasangan kekasih.

“Memang kami anggap lebih istimewa dari sekadar kawan, dah pun jumpa keluarga masing-masing tapi taklah sampai declare girlfriend boyfriend.

“Tapi bila kakak saya tanya hal hubungan kami, dan kemudian masa keluarga dia datang beraya ke rumah pada Julai tahun lalu, mak dia tanya nakkan kepastian.

“Bincang punya bincang, masa tu juga mereka terus pilih tarikh kahwin, tak ada tunang terus kahwin bulan Oktober. Keluarga kata lebih baik kahwinkan je lah, kami jawab ok!” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
nerd, UiTM, sains sukan, kahwin

Artikel Lain