suria

Selama 4 bulan bertarung nyawa akibat kanser, akhirnya baby Nishka pergi buat selamanya

Selama empat bulan bertarung nyawa akibat kanser, akhirnya baby Nishka pergi buat selamanya

BAYI menghidap kanser otak (Medullablastoma) dan buah pinggang, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 4.30 petang Rabu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ibunya, Khairiah Kamarudin ketika dihubungi mStar berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Walaupun berat untuk kami tanggung tapi saya dan suami reda dengan ketentuan Allah. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Proses tu amat menyakitkan, baby tak dibius” - Bayi derita kanser otak akan dibedah kali keempat... dada dicucuk, tukar jarum 5 hari sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Derita bayi 3 bulan hidap kanser otak, tiada suara, tak boleh melihat, “Luluh hati mummy, satu lagi ketumbuhan di buah pinggang”

“Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami selepas bertarung nyawa sepanjang empat bulan ini,” katanya mengenai anaknya yang menghidap kanser otak tahap 4 itu.

Jelas Khairiah, anaknya mula tenat sejak Selasa selepas tidak memberikan tindak balas berbanding sebelum ini.

“Saya dan suami sudah bersedia untuk terima sebarang kemungkinan yang berlaku sejak dia menjalani pembedahan baru-baru ini.

“Doktor pun dah beritahu mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa kerana tumor semakin membesar,” katanya.

Kyfa Nishka Al-Kautsar menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 4.30 petang Rabu.

Dalam pada itu, Khairiah atau lebih mesta disapa Kheriy mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas segala doa dan sumbangan mereka.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan baby Nishka selama ini.

“Kami sekeluarga turut berterima kasih di atas segala sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua,” katanya.

Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami selepas bertarung nyawa sepanjang empat bulan ini

KHAIRIAH

Kheriy berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak dekat Bachok, Kelantan yang juga kampung suaminya, Mohd Farham Che Ahmad.

Terdahulu Khairy memuat naik status sedih memaklumkan keadaan anaknya itu sedang kritikal di Instagramnya sejak petang tadi.

Katanya, saiz kepala anaknya itu membesar daripada 41 sentimeter (sm)kepada 44 sm.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Kyfa Nishka, kanser otak

Artikel Lain