suria

Ibu bebel anak membazir beli hadiah mahal... gelagatnya selepas balik rumah memang comel - “Mak tekan lama...”

Ibu Sahrul terkejut dengan hadiah pemberian anaknya itu.

SETIAP anak pasti mahu membahagiakan ibu bapa masing-masing selagi mereka masih ada.

Begitu juga dengan pemuda berusia 25 tahun ini yang membuat kejutan kepada ibunya dengan menghadiahkannya sebuah telefon bimbit baharu.

Pemuda berkenaan, Sahrul Azuan Moshiman berkongsi video dia menyerahkan hadiah tersebut kepada ibunya, Ratipah Kasman, 59, di Twitter sekadar untuk suka-suka, tetapi tidak menyangka mendapat hampir 16,000 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata selepas tarawih! Pasangan ini menangis kerana dapat kejutan 'sukar dipercaya'... Anak terfikir “hebat sangat ke apa yang kami buat”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama teringin nak beli al-Quran ‘tagging’, gadis ini tak sangka dapat kejutan – “Saya marah sebab tahu hadiah tu mahal”

Video berdurasi 20 saat itu dengan kapsyen 'Alhamdulillah walaupun kena bebel. Hahaha' turut mendapat lebih 250,000 tontonan netizen di media sosial itu.

Sahrul berkongsi gambar telefon bimbit lama ibunya.

Shahrul ketika dihubungi mStar berkata dia sudah lama berhajat untuk menghadiahkan ibunya telefon bimbit baharu.

"Saya dah lama pasang niat nak bagi hadiah. Lagipun mak guna handphone torchlight (Nokia) yang lama. 

Kalau nak tekan tu dia tekan lama sebab phone tu touch screen, jadi dia kekok juga nak guna. Saya ajar dia cara nak WhatsApp dan call orang.

SAHRUL AZUAN MOSHIMAN

JURUGAMBAR BEBAS

"Kadang-kadang tu kami adik-beradik nak call mak susah sebab phone tu susah nak masuk line. Alhamdulillah bulan ni ada rezeki lebih jadi bolehlah beli untuk mak.

"Lagipun saya duduk di JB, mak pula di Batu Pahat jadi bolehlah saya selalu video call dengan dia dan ayah lepas ni," katanya.

Malah jurugambar bebas itu berkata ibunya sebenarnya terkejut dengan hadiah yang diterima itu.

Sahrul bersama ibu dan bapanya.

"Ramai tanya pasal reaksi ibu yang terkedu... sebenarnya dia baru bangun tidur tu. Dia bebel-bebel juga sebab cakap saya membazir.

"Dia memang tak tahu langsung pasal ni. Walaupun dia bebel-bebel tapi sampai rumah je dia terus main tekan-tekan. Dia excited sebab dapat phone baru.

"Kalau nak tekan tu dia tekan lama sebab phone tu touch screen, jadi dia kekok juga nak guna. Saya ajar dia cara nak WhatsApp dan call orang," katanya dalam nada berseloroh.

Mengenai videonya yang tular itu, Sahrul berkata dia sekadar mahu berkongsi momen indah itu untuk suka-suka di Twitter.

Ibu Sahrul lebih selesa menggunakan mesej suara di aplikasi WhatsApp.

"Sebenarnya saya mahu tunjuk bahawa saya boleh gembirakan mak saya. Selagi mak masih ada kita sebagai anak sudah tentu mahu membahagiakan mereka.

"Kita akan cuba happykan dia selagi yang kita mampu. Tiada guna kalau kita mahu berbakti di saat dia sudah tiada," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hadiah, telefon bimbit, kejutan

Artikel Lain