suria

“Fuyuuuuuuuu...” - Sweet! Tunku Azizah kongsi aksi kandid dengan Agong

Netizen terhibur melihat aksi kandid Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

"MALU-malu tuanku permaisuri".

Itu antara komen netizen terhadap aksi kandid Yang di-Pertuan Agong Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah yang dikongsi baginda di Twitter.

Gambar dengan kapsyen "fuyuuuuuuuu..." mendapat 3,000 ulang kicau dan 13,600 tanda suka.

Dalam gambar itu, Al-Sultan Abdullah dilihat seolah-olah mahu memberikan ciuman kepada Tunku Azizah.

ARTIKEL BERKAITAN: Photoshoot sakan, lelaki ini panik Tunku Azizah ‘tegur’ fesyen tunang, siap pakai crown, “Family marah kenapa post macam tu”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baker terpilih’ tak keruan siapkan kek Tunku Azizah, bayi dalam kandungan seolah faham ibu... “Saya tak tidur seharian”

Kedua-duanya kelihatan segak dan anggun memakai busana diraja.

Antara komen netizen pada posting Tunku Azizah.

Rata-rata netizen menyifatkan Tunku Azizah dan Al-Sultan Abdullah sebagai 'sweet couple'.

"Comel je merpati dua sejoli ni. Semoga tuanku sentiasa dalam jagaan Allah dan bahagia sentiasa. InsyaAllah... Amin," kata Asyiqin.

"Bersemut patik tengok gambar ni tuanku," kata Wanny.

"Malu-malu kucing ke Tuanku?" kata DiyaAmin.

"Thanks Tuanku for reminding our parents & guardians when they're like this at home," kata Nawal.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Tunku Azizah, kandid, Agong

Artikel Lain