suria

Marahkan tauke nasi ayam tak bagi bahagian thigh, bangsa peniaga pula dipersalahkan - “Ni kali pertama dan terakhir aku beli dari kau”

Posting tidak puas hati seorang pelanggan nasi ayam di laman Twitter miliknya.

BENARLAH kata orang, susah sebenarnya nak puaskan hati semua individu terutamanya pelanggan. Itulah antara cabaran yang perlu dihadapi seorang peniaga.

Walaupun wujud ungkapan 'pelanggan sentiasa betul' tetapi tak semua kehendak atau permintaan mereka mesti dituruti dan dalam hal ini sikap saling memahami antara peniaga dan pembeli amat penting untuk diamalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati beri 2 pek biskut, murid Cina hantar surat hargai makcik cleaner, “Inilah kali pertama dia terima surat, ibu sangat seronok”

Baru-baru ini, tular satu posting yang dimuat naik oleh seorang lelaki menerusi akaun Twitter miliknya dengan kapsyen, 'Ni aku nak cerita, kedai Melayu jual nasi ayam. Aku nak bahagian thigh (atas paha), dia boleh cakap tak ada. Yang lagi tiga ekor ayam tergantung tu apa benda?! Kau malas nak potong baru, lepas tu kedai tak laku cakap kena bomohlah, ni semua salah Yahudilah, Melayu tak tolong Melayulah'.

Jangan ingat Muslim ni semuanya bersih, kaum lain kotor. Kau ingat kaum lain, agama diaorang ajar untuk hidup kotor ke? Kebersihan bukan berdasarkan kaum, kebersihan atas orang tu sendiri. Kalau kau cakap itu atas dasar kaum, kau racis as f**k.

PEMILIK AKAUN TWITTER

Posting tersebut dimuat naik pada Selasa dan menarik perhatian ramai dengan ada yang menyokong dan ada juga kurang bersetuju dengan pendapat lelaki berkenaan.

"Ni kalau Cina jual elok je bawa turun baru punya dan potong untuk bagi aku thigh. Ni pertama kali dan terakhir aku beli dari kau. Tolonglah Melayu, sampai bilalah nak macam ni.

"Kalau kau ada masalah aku beli dengan Cina, tu masalah kau. Aku sebagai pembeli aku ada hak nak beli dengan sesiapa pun.

"Jangan ingat Muslim ni semuanya bersih, kaum lain kotor. Kau ingat kaum lain, agama diaorang ajar untuk hidup kotor ke? Kebersihan bukan berdasarkan kaum, kebersihan atas orang tu sendiri. Kalau kau cakap itu atas dasar kaum, kau racis as f**k," ujar pengendali Twitter berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan lelaki itu tetap membeli nasi ayam di premis tersebut walaupun diberi ayam bahagian lain yang bukan kegemarannya.

Dalam pada itu, posting tersebut turut mengundang kecaman ramai yang menganggap lelaki ini tidak matang.

Kecaman netizen yang menganggap lelaki itu tidak matang.

"Gila ah, sebab tak dapat bahagian thigh je siap buat bebenang (thread) sampai babitkan bangsa. Macam budak-budak.

"Orang macam ni suka cakap belakang je. Depan layu, belakang dialah paling power. Hahahahaha. Loser bro," kata seorang netizen.

Namun begitu, lelaki ini kembali 'mamatahkan' kecaman netizen dengan berkata: "Kepada siapa yang faham apa yang aku cuba sampaikan, terima kasih. Pada siapa yang rasa aku ni mengada, negatif dan sebagainya terpulang."

Malah terdapat juga individu tampil menyokong dan bersetuju dengan kata-kata lelaki ini.

Sebahagian individu yang menyokong.

Sebagai pembeli ada perkara yang perlu anda tahu tentang peraturan FIFO , iaitu 'First In First Out' yang mana dalam kes ini penjual perlu habiskan dahulu baki ayam yang telah dipotong kemudian barulah potong bahagian ayam yang lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kecam, peniaga, BMF, ayam, thigh

Artikel Lain