suria

“Pasti mereka akan selalu ziarah sayang?” - Da'i Wan setuju tukar lokasi kuburnya selepas dipujuk isteri, dapat kesedaran

Da'i Wan terkejut dengan soalan isterinya berkenaan lokasi kuburnya kelak.

SETIAP yang hidup pasti akan mati. Tapi pernahkah anda terfikir mengenai lokasi anda mahu dikebumikan?

Menerusi perkongsian pendakwah bebas, Dai Wan Dazrin Wan Din di Twitter dia meluahkan rasa terkejut dengan pertanyaan isterinya, Syahirah Mohd Zamzari mengenai perkara itu.

"Seusai saya pimpin solat Maghrib tadi bersama isteri saya. Setelah saya beri salam, zikir dan ditutup dengan doa. Dia datang salam tangan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabi sudah lama pesan, 6 penyakit akan menimpa umat akhir zaman!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kongsi kisah tragis di sebalik pokok bentuk love di kubur ‘bidadari’, “Kalau dia dah tak ada tolong jangan beritahu saya”

"Kemudian dia ambil peluang untuk baring di pangkuan riba. Dia tanya satu soalan yang buat saya terfikir sejenak. Sayang nanti sayang nak dikuburkan di mana?

"Saya terkasima seketika walaupun saya boleh berikan jawapan. Tetapi ternyata selepas kahwin, saya perlu ubah jawapan saya tersebut," katanya.

Da'i Wan bersama isterinya.

Jelas Da'i Wan dia memberitahu isterinya bahawa dia mahu dikebumikan di Klang, Selangor.

"Nanti sanak saudara keluarga sayang boleh datang ziarah kubur sayang selalu. Ternyata saya silap. 

"Sayang... sayang pasti mereka akan selalu ziarah sayang? Paling kurang pun mungkin setahun sekali sebab mereka sibuk dengan urusan hidup masing-masing.

"Tapi ayang, ayang yang akan pastikan waktu-waktu yang ayang ada untuk sayang selalu nanti. Jadi buatlah kubur di Kedah sebab ayang pun nak di situ," ceritanya.

Mendengar jawapan isterinya, Da'i Wan menyedari bahawa insan yang paling dekat dengannya adalah seorang isteri.

"Rupanya orang yang paling dekat dengan kita di dunia adalah seorang isteri. Saya tersilap. Saya masih memikirkan ahli keluarga saya sebagai terdekat.

Tweet Da'i Wan mendapat perhatian netizen.

"Tapi ternyata yang sebenarnya dapat memberikan sepenuh komitmen even selepas saya tiada di dunia ini adalah seorang isteri.

"Selepas itu baru ahli keluarga, kemudian sahabat andai, kemudian kalian semua yang mengenali saya di dunia," katanya.

Susulan itu, Da'i Wan berkata dia memutuskan untuk dikebumikan di Kedah seperti cadangan isterinya.

Rupanya orang yang paling dekat dengan kita di dunia adalah seorang isteri. Saya tersilap. Saya masih memikirkan ahli keluarga saya sebagai terdekat.

WAN DAZRIN WAN DIN.

Pendakwah bebas.

"Sampai waktu saya pergi dari dunia ini, saya telah pun buat keputusan untuk dikuburkan di Kedah. Jikalau keadaan diizin Tuhan.

"Siapa yang rindukan Da’i Wan, temanlah isteri saya untuk ziarah kubur saya ya. Doakan keampunan dan syurga untuk saya," katanya.

Pada masa sama, dia berharap agar bebenangnya di Twitter boleh menjadi saksi kepada pasangan masing-masing mengenai perkara itu.

Antara komen netizen berkenaan perkara itu.

"Semoga thread ini mencipta sejarah, menjadi kenangan dan saksi kepada pasangan masing-masing kerana kenyataan atau keputusan yang kita akan keluarkan bakal menjadi wasiat untuk dilaksanakan pasangan setelah ketiadaan kita nanti," katanya.

Perkongsiaan Da'i Wan mendapat turut menerima reaksi positif dalam kalangan netizen.

"Ya Allah, kenapa tak pernah terfkir benda ni dengan suami. Astafirullah al azim. Terima kasih Da'i Wan," tulis Eymahzainal.

"Aku pernah tersentak juga bila mana mak aku tiba-tiba cakap nanti mak meninggal tolong tanam mak dekat kubur yang berhampiran dengan rumah kita, mak tak nak ditanam dekat kampung. Sebab mak harap tiap kali anak mak balik ke rumah, hangpa mesti datang tengok mak,"  kata Saiful Sepet.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kubur, isteri, Da'i Wan, meninggal dunia

Artikel Lain