suria

“Kami rapat tapi masih tahu batas” - Kembar ‘dating’ dilihat over macam bercinta, galak sumbang mahram

Rata-rata netizen menyifatkan kemesraan remaja lelaki tersebut dan pasangan kembarnya keterlaluan kerana berkelakuan seperti pasangan kekasih.

BARU-BARU ini kecoh di Twitter apabila netizen menghentam seorang remaja lelaki gara-gara tindakannya memuat naik video dia sedang ‘berdating’ bersama kembar perempuannya.

Rata-rata netizen menyifatkan kemesraan remaja lelaki tersebut dengan pasangan kembarnya keterlaluan, kerana berkelakuan seperti pasangan kekasih.

Malah ada segelintir netizen menyifatkan perlakuan pasangan kembar itu seolah-olah menggalakkan kes sumbang mahram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada title Dr pun buat apa” - 8 tahun struggle belajar, anak meninggal ketika hampir lengkapkan PhD... ayat suami buat isterinya tersentak! 

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut ayah caj RM300 untuk 3 tugasan, gadis ini anggap dalam garang si bapa ada lucunya - “Pertama kali lihat ayah menangis bila saya disahkan sakit jantung berlubang”

Ketika dihubungi mStar, remaja lelaki berkenaan, Muhammad Fauzan Aqil Mohd Rusdan berkata dia sekadar mahu mengabadikan memori bersama kembarnya, Nuril Balqis Aqilah, apatah lagi kedua-dua mereka kini terpaksa berjauhan kerana melanjutkan pelajaran di institusi berbeza.

“Selalu di rumah hari-hari jumpa, tapi selepas masing-masing dapat sambung belajar baru-baru ini, lebih sebulan kami tak berjumpa.

“Jadi, kami rancang untuk berjumpa dan habiskan masa bersama. Walaupun sama-sama belajar di Kuantan, tapi dia di institusi lain dan inilah kali pertama berjumpa sejak kami lanjutkan pelajaran,” cerita remaja berusia 18 tahun ini.

Terdahulu, Fauzan memuat naik video dia bersama kembarnya ‘berdating’ di sebuah pusat beli-belah di bandar berkenaan.

Antara komen netizen mengenai video yang dimuat naik Fauzan.

Dalam video yang dimuat naik beserta kapsyen “Siapa kata adik beradik pun tak boleh date, well we did it”, pasangan kembar itu kelihatan mesra menghabiskan masa dengan makan bersama-sama dan berjalan-jalan di pusat beli-belah tersebut.

Video tersebut sehingga kini diulang kicau sebanyak 7,700 kali dan mendapat tanda suka (like) sebanyak 13,900 ribu, selain dibanjiri reaksi pelbagai daripada netizen.

Walaupun banyak dihujani komen negatif, namun terdapat segelintir netizen memberikan komen positif dan kagum melihat hubungan akrab adik-beradik kembar itu.

Mengulas lebih lanjut, Fauzan menerangkan idea untuk merekod video tersebut datang secara spontan selepas melihat sepasang kekasih memuat naik video ketika keluar bersama-sama.

“Mungkin orang salah faham sebab saya masukkan lagu Inggeris bertajuk 'Falling Like The Stars' nyanyian James Arthur, yang liriknya menjurus pasangan kekasih. Tapi sebenarnya saya pilih secara random saja, sebab lagu itu sedap,” katanya.

Fauzan (tiga, kanan) dan Nuril (tiga, kiri) bersama ibu bapa dan tiga abang mereka. 

Anak keempat daripada lima beradik ini berkata, hubungannya bersama kembarnya itu seperti adik beradik yang lain yang kadang kala bergurau kasar dan bergaduh.

“Kami rapat sebab sekepala, sebaya dan selalu kongsi masalah. Bergaduh tu normal seperti adik beradik keluarga lain. Saya masih lagi tahu batas dalam hubungan adik beradik.

“Cuma tak sangka video tersebut buat orang salah faham. Memang terkesan juga sebab tiba-tiba kena fitnah. Keluarga dan orang yang rapat sahaja tahu macam mana diri kami. Orang luar hanya hakimi menerusi video tersebut.

“Bila jadi macam ni, terkesan juga tapi ibu kata tak perlu layan. Pada yang beri komen positif, terima kasih saya ucapkan,” akhirinya lagi. 

View this post on Instagram

Alolooo sweetnya depa ni. Bersemut phone min.... #mstaronline #mstarSH

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
dating, sumbang mahram, kembar

Artikel Lain