suria

Gadis terkejut, rakan lelaki tak boleh bergurau... naik angin hanya kerana gurauan perkataan ‘sis’! - “Tak mungkin kawan balik”

Sebahagian paparan skrin perbualan Wani dan rakan lelakinya yang berang dipanggil 'sis'. -Gambar Hiasan

DALAM berkawan, kita pastinya mempunyai panggilan tertentu buat rakan-rakan.

Malah, ada yang memanggil rakan mereka dengan nama atau gelaran yang pelik, biasanya sesuai dengan karektor dirinya.

Lain pula ceritanya dengan gadis ini yang dimaki akibat menggelarkan rakan lelakinya sebagai 'sis' (sister) menerusi perbualan direct message (DM) Instagram baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak kena maki teman saya, orang lebih simpati bila saya seorang”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maki promoter bir mohon maaf, “Amat menyesal tindakan saya”

Hanya ingin dikenali sebagai Wani, 25, dia kemudiannya berkongsi paparan skrin DM itu menerusi Twitter sehingga posting berkenaan tular dan menerima lebih 5,100 ulang kicau (Retweet).

Bercerita kepada mStar, dia berkata lelaki itu merupakan rakan sekerjanya.

Perkongsian Wani di Twitter yang tular.

"Saya tak berapa rapat sangat dengan dia, tapi saling follow di Instagram masing-masing.

"Kerja kami bertukar-tukar tempat, saya dah tak bekerja dengan dia. Dia pun dah tukar syarikat," ujarnya sewaktu dihubungi.

Kalau dah tegur tapi orang masih provok, barulah ada hak nak marah. Tapi kalau nak marah pun, jangan keluarkan kata-kata kesat.

WANI

Menurut gadis itu, dia langsung tidak marah apabila dilemparkan kata-kata kesat oleh lelaki itu.

Malah katanya, rakannya itu sememangnya seorang yang bermulut kasar, khususnya ketika bersembang.

"Saya tak marah pun. Saya cuma rasa tindakan dia tu lawak je. Tapi untuk berkawan balik dengan dia lepas ni, mungkin tak kot.

Perbualan Wani dan rakan lelakinya itu.

"Lagipun saya kenal dia memang jenis mulut kasar macam tu walaupun bersembang biasa. Jadi saya tak ambil hati.

"Siapa yang salahkan saya, kata saya provok, saya terima je. Memang saya provok pun. Tapi kalau fikir balik, saya ke nak kena jaga hati lelaki tu. Dia maki saya tak ada pula fikir hati saya," katanya lagi.

Menerusi paparan skrin yang dikongsi, Wani berterusan memanggil lelaki itu dengan gelaran sis dengan niat untuk bergurau.

Namun, rakannya itu ternyata tidak suka sebelum mengeluarkan kata-kata kesat termasuklah mengaitkan ibu bapa gadis itu.

Lagi paparan skrin perbualan antara mereka berdua.

Tambah Wani, dia tidak berniat untuk membuka aib rakan lelakinya itu.

"Saya tak buka aib dia. Saya tak dedahkan pun nama dia. Saya kongsi je tak sangka viral.

"Jadi bila viral biasa lah masing-masing ada pendapat sendiri. Pesanan saya, kalau tak suka sesuatu benda tu, tegur baik-baik dulu.

"Kalau dah tegur tapi orang masih provok, barulah ada hak nak marah. Tapi kalau nak marah pun, jangan keluarkan kata-kata kesat," ujar Wani lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kata-kata kesat, maki, bro, sis, Wani

Artikel Lain