suria

“Mainlah seperti Liverpool” - Apabila tiba-tiba mufti WP ‘sekolahkan’ Arsenal... terus jadi viral!

Ahmad Faiz selesa dengan penyampaian dakwah oleh Dr Zulkifli.

DATUK Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sememangnya terkenal dengan sikap terbuka dan selalu mencuri tumpuan pengguna media sosial dengan nasihat dan komen-komen yang penuh bermakna.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter, Ahmad Faiz Rosli meminta pandangannya mengenai pasukan Arsenal.

Jawapan ringkas dan bersahaja, 'mainlah seperti Liverpool'  oleh Zulkifli itu menjadi viral di laman Twitter dengan perkongsian lebih 17,000 ulang kicau.

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti WP sayu jiran Cina meninggal dunia – “Terima kasih kerana hadirkan Pak Choong dalam hidup saya, cipta kenangan indah bersama”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dah bagi peringatan, tapi peminat Arsenal ini nekad terbang solo ke Azerbaijan tonton final Liga Europa, “Kalau kalah, tak kisahlah”

Menurut pemuda berusia 29 tahun itu, mufti terkenal ini sentiasa berkongsi artikel mengenai pasukan kegemarannya, Liverpool yang kini semakin meningkat naik.

"Saya cuba bertanyakan apa yang Arsenal patut lakukan untuk sama meningkat naik. Jawapan yang diberikan itu tidak mengejutkan saya.

Ahmad Zikri Adyan, penyokong cilik Arsenal.

"Cuma yang membuat saya terkejut kerana ia menjadi tular," jelasnya kepada mStar.

Bapa kepada seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Zikri Adyan yang berusia setahun dua bulan ini berminat dengan cara mufti itu menjawab apa sahaja soalan yang diajukan kepadanya.

Malah jawapan agamawan berusia 50 tahun itu mengenai bola sepak ini menjadi tarikan hingga ramai pengguna Twitter berkongsinya.

Namun ada juga yang tidak bersetuju apabila mufti ini memberi pendapat mengenai bola sepak.

"Rasulullah SAW pun ramai yang benci. Tetap akan ada orang yang tidak suka cara ustaz berdakwah. Cara ustaz berdakwah adalah untuk 'mass market' yang bukan hanya untuk golongan agamawan.

Cara ustaz berdakwah adalah untuk 'mass market' yang bukan hanya untuk golongan agamanwan.

AHMAD FAIZ ROSLI

Penyokong Arsenal

"Beliau menarik minat kami yang tidak terlalu arif tentang Islam untuk lebih mendekati agama ini," ujarnya yang selesa dengan penyampaian mufti ini.

Jelas Faiz, dia terlintas mengajukan soalan tersebut selepas prestasi Arsenal semakin jatuh sejak sedekad yang lalu walaupun jutaan pound sterling dibelanjakan, selain bertukar pengurus dan pemain bertukar.

"Saya memang seorang penyokong tegar Arsenal sejak zaman invincibles lagi.

Komen-komen warga Twitter terhadap jawapan Dr Zulkifli.

"Meminati Arsenal tidak semestinya perlu meminati pemainnya. Musim ini, jika ada satu piala pun cukup baik. Harap boleh la Top 4," ujar Faiz mengenai kelab kesukaannya The Gunners.

Jawapan tersebut juga turut menarik minat penyokong The Reds memberi komen di status tersebut.

Bagaimana satu maklum balas mengenai jawapan Zulkifli itu mengundang kecaman pengguna lain.

Rata-rata netizen menganggap pengguna Twitter yang menggunakan nama PeribumiBERSATU1 terlalu serius dan tidak boleh dibawa bergurau.

Salah satu komen pengguna Twitter yang mendapat kecaman daripada pengguna lain.

"Biarlah. sekali sekala rapatkan jalinan dengan masyarakat dengan sedikit hiburan. Tak melebih pun. Banyak lagi mufti buat yg fardhu. Ilmu agama pun dia tak pernah 'miss' nak share either dalam internet atau kat dunia luar," tulis Syamirah.

Manakala seorang lagi pengguna yang @salleh_bustami menulis: "aa... Knp serius sangat... Dah tak leh nak bergurau sikit ker? Lantak dia ler, haram ke seorang mufti borak pasal bola? Berdosakah seorg mufti borak pasal bola? Kenapa cetek sangat otak tu... ?

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Dr Zulkifli, Liverpool, Arsenal

Artikel Lain