suria

Kekal misteri... bapa budak hilang 6 bulan lalu masih tak putus asa, kena ‘minor stroke’ terlalu fikirkan nasib anak

Zahir (duduk dua kanan) bersama keluarganya.

BENARLAH bagai dikata, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Kehilangan Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi yang berusia lapan tahun sejak 15 April lalu hingga kini masih menjadi misteri.

Pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan oleh keluarganya, tetapi masih buntu ke mana hilangnya anak kelima daripada enam beradik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang lebih 100 hari, tiap kali menjelang Maghrib terdengar suara anak... "Saja panggil abah sebab rindu"

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka hilang, pelajar MTD rupa-rupanya dirompak “Tiba-tiba ada orang tak dikenali tarik saya masuk dalam kereta”

Bapanya, Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 45, memberitahu sampai ke satu tahap dia sendiri sudah buntu dengan apa yang berlaku dalam keluarganya.

"Kami teruskan kerjasama dengan pihak polis untuk mendapatkan perkembangan Zahir, malangnya tidak ada maklumat terkini.

Muhammad Zahiruddin Putra sehingga kini masih belum ditemui.

"Pihak polis pun buntu sebab tak banyak maklumat yang mereka ada mengenai kes ini. Saya sendiri agak tertekan dengan kes ini.

"Sejak Zahir hilang, kesihatan agak terganggu, dan semalam baru keluar hospital kerana alami minor stroke kerana terlalu fikirkan Zahir," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Mohd Fauzi memberitahu, keluarga tidak akan berhenti mencari Zahir dengan melakukan pelbagai inisiatif.

"Secara peribadi, saya yakin dia masih hidup kerana setiap kali solat hajat, saya nampak bayangan Zahir dengan wajahnya tenang dan tersenyum.

Saya yakin dia masih hidup kerana setiap kali bersolat hajat, saya nampak bayangan Zahir yang kelihatan wajahnya tenang dan tersenyum.

MOHD FAUZI ABDUL GHAFFAR

Bapa Kanak-Kanak Hilang

"Sampai satu tahap, saya ada jumpa dengan pakar perubatan tradisional sehingga timbul fitnah orang cakap syirik.

"Bagi saya selagi ia tidak melanggar hukum agama, saya akan berusaha. Kalau saya tak buat apa-apa, bermakna saya tidak bersungguh-sungguh mencarinya.

"Saya akan terus ikhtiar mencarinya selagi tidak membebankan atau dianggap tahyul," jelasnya.

Zahir (kanan) bersama dua abangnya.

Mengimbas kejadian malang ini, Zahir dikatakan hilang ketika bermain di kawasan berdekatan rumah hampir ke waktu Maghrib enam bulan lalu.

Mohd Fauzi akui, anaknya ini merupakan seorang yang sentiasa gembira dan pandai ambil hati.

"Dia ni jenis yang suka tersenyum, bila panggil je saya abah, lepas tu gelak.

"Setiap kali tengok ayam goreng, memang teringatkan dia sebab itulah yang Zahir suka," ujar Mohd Fauzi sayu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Zahir, Hilang, BUntu, Bapa

Artikel Lain