suria

Video 25 saat tunjuk six pack bawa padah, pemuda jadi mangsa body shaming – “Perempuan Melayu tak suka orang lain tengok boyfriend mereka”

Gara-gara video tunjuk badan sado dengan kapsyen berbaur sindiran, Shazwan menjadi mangsa body shaming. Foto ihsan Muhammad Shazwan Zafran Abdul Khai

BADAN terlalu kurus atau gemuk sering menjadi mangsa body shaming terutama apabila bentuk fizikal mereka dikritik sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

Namun menerusi video yang tular, seorang pemuda menjadi mangsa kutukan hanya kerana berbadan sado, sesuatu yang jarang-jarang berlaku.

Semuanya gara-gara video berdurasi 25 saat yang menunjukkan pemuda tersebut tidak berbaju di gim.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara foto six pack, pemuda kaki ‘troll’ disindir tak edit imej pada cermin, “Perut saya kejang sampai terbaring dalam fitting room”

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok gadis berbaju Melayu, pemuda sado cabar diri pakai baju kelawar... Alamak! Mak tambah pakej “tepek bedak sejuk, pakai anak tudung”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘sado’ sanggup kumpul syiling kerana badan, elak aksi berseluar dalam

“25 saat badan yang boyfriend kau orang nak sangat dapat tapi tak mampu,” menurut perkongsiannya sekali gus mengundang kecaman warganet.

Shazwan membuat video sebagai motivasi untuk dirinya dan lelaki lain mempunyai bentuk badan menarik.

Girls tak suka sangat lelaki yang badan besar macam ni. Kami sebagai perempuan lagi suka yang biasa-biasa je,” tulis seorang warganet.

“Kalau aku, baik kau pilih lelaki yang gaji enam digit, daripada six pack. Six pack tak boleh beli beras,” sindir seorang lagi pengguna media sosial.

“Tak payahlah macam ni. Nampak tak normal pula, geli I tengok nanti,” ujar yang lain.

“Aku lebih memilih biasa lagi OK. Sado nak ke mana?” soal seorang gadis.

Shazwan (kiri) bersama rakan-rakan di gim.

Pemuda berkenaan, Muhammad Shazwan Zafran Abdul Khai mengakui gambar tersebut berbaur sindiran tetapi dengan niat untuk memberi motivasi kepada kaum lelaki supaya berusaha keras untuk mempunyai bentuk badan yang menarik.

Dia yang berusia 22 tahun itu bagaimanapun tidak terkesan dengan kecaman netizen sebaliknya berasa lucu dengan komen-komen warganet.

Kebanyakan perempuan Melayu tak suka lelaki berbadan sado sebab mereka ada persepsi lelaki sado ni sama ada gay, kaki pukul, malas buat kerja dan paling penting mereka sebenarnya tak nak orang lain tengok boyfriend mereka.

SHAZWAN

“Macam-macam mereka kutuk dan kritik saya kerana berbadan sado. Biasanya yang kutuk ni kalau girlfriend  tu sebab boyfriend mereka tak ada badan macam tu, dan lelaki kerana badan tak macam tu.

“Malah, ada perempuan yang kata tak kisah badan tak tebal asalkan poket tebal, nampak sangat mata duitan. Tapi kalau ikutkan, nak badan ni pun poket kena tebal sebab memerlukan modal yang besar.

“Nak beli makanan tambahan, jaga pemakanan lagi. Makanan untuk ada badan cantik ni bukannya murah,” katanya kepada mStar.

Antara komen warganet.

Shazwan sebelum ini pernah dikecam gara-gara fotonya disunting pada bahagian perut bagi menampakkan ketulan otot yang kekar atau six pack menggunakan aplikasi mudah alih.

Pemuda yang berasal dari Bandar Saujana Putra di Kuala Langat, Selangor itu menjelaskan tujuannya memuat naik video tidak berbaju itu bagi berkongsi perubahan badannya selepas bersenam di gim.

“Sebelum ini saya dalam proses bulking atau sizing (membesarkan otot) dan baru akhir bulan lalu saya mula cutting (membentuk otot).

“Masa bulking tu memang tak nampak six pack sebab badan tengah membesar dan sekarang selepas mula cutting, perut saya dah ada six pack ‘sama-samar’,” katanya.

Transformasi badan Shazwan dari kurus ke sado.

Shazwan yang bekerja dalam dalam bidang kejuruteraan itu meletakkan sasaran untuk mempunyai six pack sepenuhnya menjelang pertengahan November depan dan seterusnya menyertai pertandingan badan cantik.

“Dulu badan saya pernah kurus sebelum jadi seperti sekarang. Saya tak sangka badan sado pun boleh body shaming sebab ni adalah motivasi.

“Tapi saya fikir kebanyakan perempuan Melayu tak suka lelaki berbadan sado sebab mereka ada persepsi lelaki sado ni sama ada gay, kaki pukul, malas buat kerja dan paling penting mereka sebenarnya tak nak orang lain tengok boyfriend mereka,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
sado, body shaming, otot, sizing, cutting, bulking

Artikel Lain