BERTUAHNYA seorang isteri apabila dikurniakan seorang suami yang memenuhi ciri-ciri yang diimpikan. Apatah lagi dalam kesibukan dan kepenatan menguruskan rumah tangga, hadirnya seorang suami yang memahami sudah cukup membuatkan isteri terasa dihargai. Kadang-kadang, hanya dengan satu perkataan sweet saja pun sudah cukup membuatkan hati isteri berbunga-bunga, seperti kisah yang dikongsi wanita bernama Nur Alia Syuhadah Alias ini. ARTIKEL BERKAITAN: Hiba! Suami tak ada kerja sanggup rendahkan ego, menangis dalam majlis... tak berkasut meluru peluk isteri ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...” Menerusi satu perkongsian di Twitter, wanita ini memuat naik satu video yang memaparkan perbualannya bersama suami menerusi aplikasi WhatsApp. Dalam tweet tersebut, wanita ini mendedahkan tabiat sweet suaminya yang gemar memanggilnya dengan panggilan ‘hye beautiful’ setiap kali memulakan perbualan. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang mesra dipanggil Alia ini mendedahkan, tabiat itu sudah bermula sejak empat tahun lalu ketika mereka masih bercinta. Alia berkongsi kisahnya menerusi bebenang di Twitter. “Kami juga sama seperti pasangan lain yang ada pasang surut dalam berumah tangga. Jadi ada ketikanya saya berasa down. Masa itu saya akan ingat kembali saat-saat manis kami. “Bila saya lihat balik perbualan kami di WhatsApp dan nampak perkataan ‘hye beautiful’ yang dia selalu guna, jadi sejuk balik. Perkara-perkara ini nampak simple, tapi ia sebenarnya mampu menghangatkan hubungan suami isteri,” katanya. Tweet tersebut sehingga kini diulang kicau 4,000 kali dan jumlah tontonan video yang dimuat naik Alia melebihi 135,000 tontonan. Malah ia juga dihujani komen netizen yang ‘cemburu’ dengan tabiat sweet suaminya. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan sulung yang kini berusia dua bulan. Bercerita lebih lanjut, Alia berkata dia sekadar berkongsi video berkenaan untuk ingatan diri sendiri. “Saya bimbang juga jika ada yang menjadikan video tersebut sebagai benchmark untuk setiap pasangan, tapi bukan itu niat saya. “Sebab cara setiap pasangan menzahirkan kasih sayang adalah berbeza, ada menerusi wang ringgit, atau hadiah. Ada yang zahirkan menerusi mesej, tenaga dan sebagainya. “Cuma bagi saya, perkataan seperti ini sangat bermakna dan kita rasa cukup dengan apa yang ada. Bila tengah down, cuba ingat balik saat-saat manis seperti mesej-mesej yang dihantar,” ujar ibu muda berusia 26 tahun ini. Saya bimbang juga jika ada yang menjadikan video tersebut sebagai benchmark untuk setiap pasangan masing-masing, tapi bukan itu niat saya. Sebab cara setiap pasangan menzahirkan kasih sayang adalah berbeza. Cuma bagi saya, perkataan seperti ini sangat bermakna dan kita rasa cukup dengan apa yang ada. NUR ALIA SYUHADAH Menceritakan serba sedikit perihal suaminya, Mohd Noor Ariff Noramat, kata Alia, sepanjang perkahwinan yang baru memasuki usia dua tahun, sikap suaminya tidak pernah berubah, malah menjadi lebih penyayang terutama sejak kehadiran cahaya mata sulung mereka. “Sejak kenal dengannya empat tahun lalu, dan dalam usia dua tahun melayari perkahwinan, apa yang saya mampu katakan, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami. “Biasalah, perempuan ada waktu-waktu emosinya. Ketika saya dalam tempoh berpantang dan alami simptom post-partum, dia memang ringan tulang menolong urusan rumah tangga. Walaupun penat bekerja, dia tak pernah merungut apatah lagi tinggikan suara. “Saya bukanlah orang yang layak nak beri resepi kebahagiaan rumah tangga, tapi bagi saya komunikasi dan kompromi itu sangat penting sebab kita nak hidup bersama,” akhirinya. View this post on Instagram Kalau hari-hari dapat mesej sweet dari pasangan, memang tak jadi nak merajuk lah aaagitu #mstarkongsi #mstarSH Kredit: Twitter alieyaSyu A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 10, 2019 at 10:27pm PDT