suria

Ayah lagi sweet banding boyfriend, tapi anaknya tak balas mesej sebab asyik spam – “Bukan semua boleh rasa macam tu, ada yang tak ada bapa”

Seorang gadis dikecam selepas berkongsi siri pesanan teks daripada bapanya di laman sosial.

NIAT seorang gadis membandingkan antara bapa dan teman lelakinya mengundang padah gara-gara perkongsian siri pesanan teks yang dihantar bapanya tidak dijawab.

Berdasarkan jawapan salam pada permulaan mesej pukul 10.14 malam Jumaat, bapa kepada gadis berkenaan dipercayai membalas mesej yang dihantar oleh anaknya.

Bapanya turut cuba menghubungi anaknya tetapi panggilan tidak dijawab dan memberitahu amat merindui suara anaknya.

“My dad lagi sweet daripada boyfriend I. Macam mana ni hahaha,” menurut perkongsian gadis itu di laman sosial Twitternya sehingga tular.

ARTIKEL BERKAITAN: "Abah... Faris rindu sangat-sangat", remaja ini tak sangka kejutan surat tulisan tangan rupanya satu petanda

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tanya nak bunga masa konvo, pemuda ini kata datang pun dah cukup, “Tengok abah depan mata, terubat kerinduan pada arwah mak”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau belajar main-main macam mana nak dapat” - Tragis kisah selempang pink... abah sebak, mak merajuk 2 hari

Kapsyen itu bagaimanapun dikecam warganet berikutan banyak mesej yang dihantar bapanya tidak dibalas sehingga bapanya menghantar lagi mesej keesokan hari.

“Sweet daripada boyfriend tapi balas pun tak. Jahanam teruk. Alasan sebab bapa awak spam banyak tak larat nak balas??? Boyfriend spam macam tu mesti larat,” tulis seorang pengguna Twitter yang berang dengan keterangan gadis tersebut.

Perkongsian seorang gadis yang membandingkan bapa dan kekasihnya.

Menerusi bebenang, pengguna Twitter yang juga seorang gadis mendakwa: “Dia sebelum ini sebut abah asyik spamming, tak larat nak balas”.

Pengguna Twitter itu turut memberitahu bahawa bukan semua orang berpeluang mendapat layanan semanis itu kerana segelintirnya telah kehilangan bapa buat selama-lamanya.

“Bukan semua boleh rasa macam tu, sesetengah daripada kita tak ada bapa. Segelintir ayah pula tak pandai meluahkan rasa sayang mereka. Sudah cukup baik ayah dia hantar mesej dan berkomunikasi dengan dia,” tambahnya.

Seorang warganet mempertikaikan gadis berkenaan tidak membalas mesej bapanya.

Rata-rata warganet lain turut menyifatkan gadis berkenaan amat bertuah kerana mempunyai seorang bapa yang penyayang.

“Jika saya ada peluang untuk melalui seperti ini, saya suka untuk membalas setiap satu mesejnya,” komen seorang warganet.

“Aku boleh nangis sebaldi kot kalau ayah aku luahkan perasaan dia macam ni. Tapi dia luahkan perasaan dengan perbuatan dia, bukan kata-kata,” tulis seorang gadis.

Aku boleh nangis sebaldi kot kalau ayah aku luahkan perasaan dia macam ni. Tapi dia luahkan perasaan dengan perbuatan dia, bukan kata-kata.

WARGANET

“Saya cemburu dengan mak ayah yang pandai guna WhatsApp. Mak ayah saya tak pandai guna WhatsApp walaupun ayah ada WhatsApp. Ayah tahu baca je, balas tak tahu. Jadi, kalau rindu ke apa-apa, telefon je,” komen seorang lagi warganet.

“Saya rasa teruk kalau saya balas lambat mesej ayah,” ujar seorang pemuda.

“Kita ni dalam mimpi jelah ayah nak ambil berat WhatsApp macam tu,” luah seorang lagi dengan nada kesal.

Bukan semua bertuah mendapat mesej daripada seorang bapa yang rindu pada anaknya.

Dalam pada itu, seorang warganet mempersoalkan kewajaran gadis berkenaan dikecam kerana kemungkinan dia sudah tidur ketika menerima mesej tersebut.

“Kalau pukul 9 malam kau sudah tidur, macam mana kau mahu balas chat pukul 10 malam tu,” soal seorang pemuda.

“Apa yang tak kena? Boleh je balas esoknya atau telefon ayah dia. Apa yang susah sangat dia nak buat macam tu,” jawab seorang warganet.

“Dia bandingkan ayah dia dengan boyfriend dia? Ayah dia sangat sayangkan dialah,” ujar yang lain mempertikaikan tindakan membuat perbandingan itu.

Perkongsian gadis mengenai mesej bapanya itu kemudiannya telah dipadam susulan kecaman warganet.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ayah, boyfriend, spam, WhatsApp

Artikel Lain