suria

“Tiba-tiba sekumpulan lelaki berkumpul di hujung koc bawa sejadah” - Pelajar PhD kagum lihat ‘pemandangan’ indah waktu subuh dalam tren

Gambar sekumpulan lelaki solat berjemaah di dalam tren menjadi tular di media sosial.

DALAM kita masih lena dibuai mimpi, masih ada insan yang keluar mencari rezeki demi sesuap nasi sebelum fajar menjelma.

Ada yang terpaksa keluar awal kerana menggunakan tren sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja bagi mempercepatkan perjalanan mereka.

Menerusi gambar perkongsian seorang gadis di Facebooknya membuktikan sejauh mana pun tempat kerja kita dan apa pun mode pengangkutan yang digunakan, solat tetap diutamakan.

Gambar tersebut menunjukkan beberapa penumpang lelaki sedang solat berjemaah di dalam koc kereta api untuk solat Subuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak terkilan tak sudah gagal tunai permintaan solat jenazah, “Dua kereta tak sempat jual, ibu pergi dulu”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis solat atas rumput tepi jalan, uncle Cina bawa Grab sanggup tunggu, “Kereta dia bersih, wangi... macam hatinya sebab respek kami”

Rata-rata netizen memberi reaksi positif dan mengagumi tindakan terpuji pemuda-pemuda tersebut.

"Allahuakbar, mengejar dunia tapi akhirat tidak dilupakan. Semoga murah rezeki dan diberkati rezeki anda semua," tulis Mohd Nawi.

Gambar InstaStory Sarimah dikongsi rakannya, Nur Azila di Facebooknya mendapat reaksi positif netizen.

"Alhamdulillah. Umat Islam yang menjaga waktu solat. Moga Allah berkati rezeki mereka," kata Marehan Borhan.

Nur Salimah Alias, pemilik asal gambar tersebut ketika dihubungi mStar berkata, situasi itu dirakam sewaktu dia dalam perjalanan dari stesen KTM Arau menuju ke Butterworth, Pulau Pinang.

"Tren tu dari Padang Besar tetapi saya naik di KTM Arau pukul 5.44 pagi. Kiranya itu tren pertama pagi tu dan saya duduk koc hujung.

"Saya ambil tren pertama sebab nak sampai awal ke Universiti Sains Malaysia (USM). Bila tren sampai stesen Kodiang dalam pukul 5.49 pagi dah masuk waktu Subuh dah.

Rasa terharu pun ada sebab waktu tu barulah kita boleh nampak ramai je orang baik di Malaysia sebenarnya. Mereka tak kenal satu sama lain tapi boleh berjemaah bersama-sama.

NUR SALIMAH ALIAS

Penuntut USM Pulau Pinang

"Tiba-tiba sekumpulan lelaki macam berkumpul dekat hujung koc bawa sejadah. Rupa-rupanya mereka nak solat berjemaah," katanya yang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di USM, Pulau Pinang.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata dia terkejut dengan tindakan sekumpulan lelaki tersebut dan ia senario yang pertama kali dilihatnya.

"Saya terkejut jugalah sebab tak pernah nampak sebelum ni. Bila dah nampak depan mata memang tak sangka ada orang jaga solat sampai macam tu sekali. Mereka juga mulakan satu budaya yang bagus.

Salimah terharu melihat senario yang pertama kali dilihatnya itu.

"Rasa terharu pun ada sebab waktu tu barulah kita boleh nampak ramai je orang baik di Malaysia sebenarnya. Mereka tak kenal satu sama lain tapi boleh berjemaah bersama-sama.

"Sebaik mereka selesai solat dan masing-masing duduk, tiba-tiba ada penumpang dari koc lain pula datang bawa sejadah. Rupa-rupanya koc hujung tu tempat biasa mereka gunakan untuk solat," katanya.

Nur Salimah atau lebih mesra disapa Salimah berkata dia tidak menduga gambar tersebut yang dikongsi di InstaStory itu menjadi tular.

"Sebenarnya saya share gambar tu di Insta Story saya just untuk suka-suka. Tapi kawan saya Nur Azila minta izin untuk guna gambar tu di Facebook dia.

"Saya OK je. Lagipun benda tu perkara baik. Eloklah kebaikan itu disebarkan kepada umum. 

"Tapi saya pun tak sangka gambar tu jadi viral. Alhamdulillah ramai beri reaksi positif terhadap gambar itu," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
solat Subuh, koc, tren, KTM

Artikel Lain