suria

Hadir pengebumian, tolong rakan atau ahli keluarga kemalangan tak boleh cuti... ‘syarikat dari neraka’ tawar jawatan kosong dibidas!

Syarat yang dinyatakan syarikat tersebut mengundang kemarahan netizen. -Gambar Hiasan

INI kerja ke jadi kuli batak? Demikian soal netizen berhubung iklan jawatan kosong di sebuah syarikat yang tular di Twitter.

Menerusi paparan skrin yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter @qalamchikey, syarikat tersebut menawarkan jawatan Admin Data Entry dengan gaji RM1,100 sehingga RM1,300 sebulan.

Apa yang diperdebatkan netizen tentunya terma dan syarat yang ditetapkan syarikat itu untuk pemohon jawatan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak beri nafkah, suami ‘guna’ isteri kerja kerajaan buat loan beli superbike... tukang proses permohonan terkejut tengok gambar mesra dengan awek lain!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia 'perigi cari timba'! Penganggur dapat banyak lamaran luar negara selepas idea 'rare' iklan diri

"Sebelum membuat permohonan, sila baca. (Calon yang serius sahaja)," tulis iklan berkenaan.

Antara syarat yang dinyatakan dalam iklan tersebut ialah sikap yang sempurna, tidak boleh cuti sesuka hati, pengetahuan asas komputer, cepat belajar dan tiada tuntutan cuti sakit (MC).

Malah, rekod kedatangan yang tidak bagus akan dimasukkan dalam laman cari kerja Malaysia, termasuklah menyenaraihitamkan nombor kad pengenalan.

Gaji bagi sikit macam tu nak pekerja macam hamba abdi.

NETIZEN

Namun, dua lagi syarat yang dinyatakan ternyata mengundang kemarahan netizen yang mana ia disifatkan cukup melampau.

Menurut iklan itu, pekerja tidak dibenarkan mengambil cuti untuk menghadiri pengebumian.

Malah, pekerja juga tidak boleh mengambil cuti untuk membantu rakan atau keluarga jika mereka terlibat dalam kemalangan.

Paparan skrin posting itu sehingga kini menerima lebih 3,000 ulang kicau (Retweet).

Paparan skrin iklan jawatan kosong yang tular di Twitter.

Rata-rata komen netizen turut mengecam syarikat tersebut yang disifatkan kejam dan tidak mempunyai belas ihsan ke atas pekerja.

"Syarikat jenis apa yang halang pekerja hadiri pengebumian?

"Gaji RM1,100 hingga RM1,300 tapi nak orang kerja macam hamba tebusan?

Posting berkenaan di laman Twitter turut dihujani ratusan komen netizen.

"Well, kira OK la tu kan at least dia awal-awal dah bagitau. Berbanding iklan job bagitau lain, masa dah kerja jadi lain. Tak ke naya tu?

"Gaji bagi sikit macam tu nak pekerja macam hamba abdi.

"Ini yang kita panggil syarikat dari neraka," tulis beberapa netizen.

Syarikat yang mengiklankan jawatan tersebut terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain