BAGI mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dalam khidmat fotografi, pasti banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari. Begitu juga yang dihadapi pasangan suami isteri ini, Mohd Redzuan Hussin, 32, dan Nur Izzati Mohamad Ali, 26, yang menyediakan khidmat itu di sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Mersing dan Kulai. Dua jurugambar itu baru-baru ini membuat photoshoot percuma untuk rakan mereka yang mendirikan rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar hilang sabar tegur bridesmaid 'lebih sudu dari kuah', ganggu kelancaran majlis ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar dapat mesej ‘rare’... nak pakej kahwin, tapi baru nak cari calon, “Mustahil kalau orang nak ‘ngorat’ saya” Foto berkenaan kemudiannya dikongsi menerusi grup Facebook Malaysian Photographers Community dengan kapsyen: "Minta tolong otai-otai edit bagi power. Bagaimanapun foto pengantin yang berteduh di sebuah pondok itu disunting semula oleh ahli grup berkenaan dalam pelbagai versi sehingga ia menjadi jenaka warga maya. Redzuan bersama isterinya, Nur Izzati. Lebih parah, ada yang bertindak membuat suntingan dengan meletakkan aksi Ultraman berlawan dengan raksasa dan sebagainya. Bercakap kepada mStar, Redzuan yang juga guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) mengakui peka dengan maklum balas yang diterima dalam grup Facebook tersebut. Kami pun sedar yang orang edit balik kat Facebook tu, pengantin pun tahu. Kami gelak-gelak sahaja. MOHD REDZUAN HUSSIN GURU/JURUGAMBAR "Kami baru sebulan dua buat khidmat fotografi. Dalam proses belajar lagi. Yang tu gambar kawan kahwin, kami shoot percuma sahaja. "Masa tu nak buat outdoor tapi nak hujan, sebagai plan B kami shoot cepat-cepat kat pondok tu. Dalam sepuluh minit sahaja. "Kami pun sedar yang orang edit balik kat Facebook tu, pengantin pun tahu. Kami gelak-gelak sahaja," katanya lagi. Antara suntingan semula yang dibuat oleh pelayar Facebook dalam grup Malaysian Photographers Community. Mengharapkan kerjaya dalam bidang itu akan berkembang maju pada masa akan datang, Redzuan turut mengeluarkan modal dalam memantapkan ilmu. Katanya, dia juga sanggup berhabis duit untuk menghantar isterinya yang juga bekas guru tadika untuk menyertai kelas fotografi. "Yang shoot tu semua isteri saya, saya bahagian editing dan buat album gambar. Posting yang dimuat naik di grup Facebook berkenaan. "Saya hantar dia masuk kelas fotografi, keluar modal untuk dia. "Saya harapkan usaha ini akan berkembang maju lagi," katanya yang sudah menerima beberapa tempahan khidmat fotografi untuk Disember nanti. Selain Facebook, posting foto pengantin itu turut ditularkan di Twitter. Sehingga kini, terdapat puluhan versi suntingan baharu foto berkenaan yang dihasilkan semula oleh pelayar Facebook.