suria

Disahkan kanser selepas buat operation gigi, gadis nekad sambung belajar walau derita jalani 12 kemoterapi - “Saya tak tengok cermin langsung”

Aida berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Diploma Sains UiTM.

DUNIA anak bongsu empat beradik ini terasa gelap selepas disahkan menghidap kanser tulang (erwing sarcoma) tahap 3A kira-kira dua tahun lalu.

Namun penyakit yang juga pembunuh nombor satu wanita itu tidak menjadi penghalang kepada Aida Khayreen Rashidi untuk meneruskan pengajiannya di peringkat Diploma Sains yang tertangguh pada tahun lalu.

Berkat usaha dan semangat kental gadis berusia 22 tahun ini, dia akhirnya berjaya naik ke atas pentas untuk menerima segulung diploma pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 9 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak kuat nak naik pentas” - Sayu, isteri dedah suami berahsia sambung master sebab ‘takut malu’, meninggal selepas 4 hari disahkan kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati, hadiah hari jadi dipenuhi darah... “Ada 3 tilam, bila tanya siapa yang meninggal semua diam”

Aida Khayreen ketika dihubungi mStar berkata bukan mudah untuk dia menerima hakikat dirinya pesakit kanser.

Bagaimanapun sikap positif gadis kelahiran Kuala Lumpur ini ditambah pula dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan membuatkan dirinya kuat mengharungi detik hitam dalam hidupnya itu.

Aida semasa menjalani rawatan kemoterapi di HKL.

"Pada 15 Februari 2017 saya disahkan menghidap erwing sarcome (kanser tulang) tahap 3A pada rahang kiri saya. Ia hari yang penuh mendukacitakan dalam hidup saya.

"Saya memang down sangat-sangat. Awalnya susah juga nak percaya tapi saya cuba fikir positif dan reda dengan ketentuan Allah.

"Masa tu mama putuskan untuk kami terus balik KL. Saya terpaksalah tinggalkan kawan-kawan saya di UiTM (Arau) dan pengajian saya waktu tu tinggal setahun je lagi nak habis," katanya.

Saya memang tak tengok cermin langsung selama dua minggu. Saya tahu muka terjejas teruk. Lepas tu nangislah juga sebab tak boleh terima muka bengkak teruk.

AIDA KHAYREEN RASHIDI

Jelas Aida, penyakit itu dikesan selepas dia menjalani pembedahan kecil untuk mencabut semua gigi gerahamnya.

"Sebulan lepas pembedahan tu tiba-tiba gigi saya sakit balik. Lepas tu ada ketumbuhan dekat rahang belah kiri. Saya ingatkan ada infection ke apa.

"Jadi saya pergi Hospital Kangar. Selalunya selepas sebulan kalau ada ketumbuhan tu bukan infection. Jadi saya terpaksa ulang alik hospital untuk ambil darah.

"Mereka tanya boleh tak buat biopsi. Saya setuju dan mereka potong bahagian dalam mulut untuk ambil sampel. Lepas seminggu tu result keluar dan (sampel) memang confirm kanser erwing sarcoma stage 3A (kanser tulang)," katanya.

Aida bersama ibu dan bapanya.

Mesra disapa Aida, gadis ini berkata dia terus menjalani rawatan sebagai pesakit kanser di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebaik pulang ke Kuala Lumpur.

"Saya perlu jalani 12 sesi kemoterapi selama setahun. Satu sesi rawatan memakan masa selama tiga hari dengan total masa selama 36 jam. Ia amat mencabar mental dan fizikal.

"Saya jadi botak, hilang stamina, kesan lebam dan parut ada di mana-mana. Saya juga terpaksa menjalani pembedahan selama 16 jam di bahagian rahang kiri dan betis saya pada 19 Julai 2017. 

"Doktor ambil tulang betis belah kanan dalam 10 sentimeter untuk ganti rahang baharu. Lepas tu mereka letak rahang baru dan titanium atas tu. Terasa banyak nikmat Allah tarik waktu tu. Ia amat menyakitkan," katanya.

Malah Aida mendedahkan dia menjauhkan dirinya daripada cermin kerana tidak mahu melihat keadaannya selepas rawatan kemoterapi.

"Saya memang tak tengok cermin langsung selama dua minggu. Saya tahu muka terjejas teruk. Lepas tu nangislah juga sebab tak boleh terima muka bengkak teruk.

Tulang betis kanan sepanjang 10cm Aida diambil untuk menggantikan rahang kirinya.

"Waktu tu rasa down sangat. Tetapi saya cuba fikir saya bernasib baik kerana berjaya mengharungi pembedahan selama 16 jam dan masih ada rupa biasa cuma bengkak teruk," katanya.

Sebaik sahaja selesai sesi kemoterapi terakhir, Aida berhasrat untuk menyambung pengajiannya yang tertangguh sebelum ini.

"Pada Mac 2018 saya bertukar ke UiTM Kampus Tapah untuk menamatkan pengajian saya. Saya dapat tukar kerana saya masih perlu menjalani pemeriksaan dan temu janji di HKL. Jadi lebih dekat untuk saya berulang-alik.

"Walaupun saya sedari banyak perubahan berlaku tetapi saya berjaya menamatkan pengajian saya tanpa sebarang masalah.

"Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, doktor dan jururawat di HKL di atas segala sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kerana menjaga saya siang dan malam," katanya.

Perkongsian Aida mengenai perjalanan hidupnya itu di Twitter mendapat 10, 300 ulang kicau dan 13,200 tanda suka.

Posting Aida menjadi tular di Twitter.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan semangat Aida dalam melawan penyakit tersebut.

"Thank you so much for inspiring me and all of us! I selalu tak sabar nak habis belajar sebab everyday stress. But now, looking at you... OMG I am so motivated. I doakan terbaik for you dunia akhirat. May Allah ease everything for you and bless you always!" tulis Yiyieeen.

"This is inspiring. There are two things that we can't avert. Death and getting old. Other than that are just possible. Keep it up and all the best in your future endeavours!" kata Faiz Rezlan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain