TAK kisah digelar 'anak mak', demikian kata seorang jejaka berusia 23 tahun yang mana videonya kini tular di Twitter. Menerusi video yang dimuatnaik, Muhammad Amirul Afzan Mustaffa, 23, sedang bersiap di depan cermin sambil dirakam oleh kakaknya, Siti Noor Rafiqha yang berusia 27 tahun. "Dia nak keluar dating guys! Girlfriend datang rumah ambil dia guys. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 'Anak Emak' Sekali Lagi Berlinangan Air Mata ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan air mata di hari lahir, ibu akhirnya dedah rahsia bertarung nyawa ketika bersalin 21 tahun lalu "Umur 23 tahun tapi adoi anak ibu seorang ni," tulis kakaknya yang memuat naik rakaman itu sehingga tular. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Amirul mengakui sering mengadu dan bertanyakan pendapat ibunya, Zakiah Mohamad, 57, dalam pelbagai perkara. Paparan skrin video tular Amirul di Twitter. Menjelaskan tentang video tular itu, dia pada waktu itu sedang menunggu kehadiran teman wanitanya sebelum mereka berangkat ke majlis pertunangan seorang rakan di Batu Pahat, Johor, pada Ahad. "Saya pada masa tu nak keluar pergi majlis tunang. Nak tanya ibu, OK ke tak pakaian? Baju masuk dalam atau biarkan di luar. Dulu ada apa-apa kat sekolah pun saya mengadu kat ibu. Kalau orang ejek, tak apalah sebab saya mengadu kat ibu, kalau tak nak mengadu kat siapa lagi? MUHAMMAD AMIRUL AFZAN MUSTAFFA "Apa-apa memang saya tanya ibu atau kakak. Dari zaman sekolah lagi orang panggil saya anak emak. "Dulu ada apa-apa kat sekolah pun saya mengadu kat ibu. Kalau orang ejek, tak apalah sebab saya mengadu kat ibu... kalau tak, nak mengadu kat siapa lagi?" soal Amirul. Mengulas rakaman berkenaan, dia yang bertugas sebagai juruteknik di Banting, Selangor ternyata terkejut apabila dimaklumkan dirinya menjadi perhatian ramai dan tular di Twitter. Amirul bersama ibunya (kiri) dan teman wanitanya (kanan). "Saya perasan kakak buat video, tapi tak tahu pula dia post. Masa tu kami sama-sama ada di kampung, balik cuti," kata anak bongsu dari empat beradik itu. Video itu sehingga kini menerima hampir 40,000 tontonan di Twitter. Amirul bersama kakaknya, Siti Noor Rafiqha. Selain komen mengenai Amirul, netizen turut memperkatakan mengenai koleksi tupperware ibunya yang kelihatan dalam rakaman berkenaan. "Tupperware tu kalau hilang satu mak dia perasan tak? Koleksi Tupperware ibu Amirul yang turut menarik perhatian netizen. "Tertarik tengok rak tupperware belakang tu, kalau hilang satu naya satu rumah," tulis beberapa netizen. View this post on Instagram Haaa, korang rasa baju elok masuk dalam or biar kat luar? Mana lagi OK? #mstaronline #mstarMoi A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 15, 2019 at 1:17am PDT