suria

Gadis dikecam, kekasih sanggup tinggal kawan-kawan, ‘bergayut’ di luar restoran dengar masalahnya - “Bukan saya paksa dia call...”

Paparan skrin rakaman berkenaan di Twitter.

"KESIAN teman lelaki nak luang masa dengan kawan-kawan pun tak boleh," demikian komen seorang netizen berhubung satu video tular di Twitter.

Menerusi rakaman itu, seorang lelaki kelihatan sedang menghubungi teman wanitanya di kawasan luar sebuah restoran, manakala beberapa rakannya sedang menunggu di meja makan.

Rakaman itu menjadi tular setelah ia dimuatnaik semula oleh teman wanitanya menerusi laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki online rupanya abang sendiri, pemuda ini teruk dikecam mainkan perasaan adik

ARTIKEL BERKAITAN: Gomol ‘bear’ depan pakwe sampai kotor terkena mekap... gadis ini sedih dicop gedik, “Memang suara saya kecil, manja macam tu”

Menurut gadis itu, Safiya Atia, 18, dia menerima rakaman berkenaan yang dirakam oleh rakan teman lelakinya.

Dia bagaimanapun tidak menyangka perkongsian berkenaan tular di Twitter sehingga menerima lebih 663,000 tontonan.

Bercerita kepada mStar, pelajar dari Seri Manjung, Perak itu mengakui terbaca komen netizen yang mempertikaikan tindakannya menganggu masa lelaki itu.

"Waktu tu dia tengah makan dengan kawan dia. Saya ada masalah, tapi masalah tu terlalu peribadi, tak dapat saya ceritakan.

"Bukan saya paksa dia call, tapi dia yang berkeras. Dalam 10 minit sahaja, bukannya bercakap sampai sejam.

Nak juga tegur, jangan bitter sangat. Kita ada kehidupan masing-masing.

SAFIYA ATIA

"Kebanyakan netizen cakap lepas kahwin nanti tak sama dah, ada yang kat awal-awal je sweet," ujar Safiya sewaktu dihubungi.

Bercerita mengenai teman lelakinya yang seusia dengannya, Safiya berkata mereka sudah berkenalan sewaktu sekolah rendah lagi.

"Kenal lama juga, dari sekolah rendah. Lepas tu terpisah masa sekolah menengah baru jumpa balik.

"Sekarang saya belajar di Perak, dia pula di Sabah," ujar Safiya.

Tambahnya lagi, dia tidak menghiraukan komen netizen yang buruk sangka terhadap dirinya.

Paparan skrin perkongsian gadis itu.

Malah, dia juga memberi pesanan kepada pengguna media sosial di luar sana agar tidak bersikap menghukum ke atas sesuatu perkara yang tidak diketahui mereka.

"Kebanyakannya banyak komen yang bitter. Komen yang baik-baik pun ada. Tapi saya tak ambil hati.

"Nak juga tegur, jangan bitter sangat. Kita ada kehidupan masing-masing," ujarnya.

Dalam pada itu, posting berkenaan sehingga kini menerima lebih 7,900 ulang kicau (Retweet).

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen sejak dimuatnaik Jumaat lalu.

"Benda ni tak normal OK, perempuan jangan ambil benda ni normal semua lelaki kena begini.

"Suatu hari nanti kena tinggal akan berpusing semula pada kawan-kawan.

"Kesian boyfriend nak luang masa dengan member pun tak boleh.

"Beruntung la sebab awak mempunyai pasangan tinggalkan kawan sekejap untuk dengar masalah awak," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Safiya Atia, teman lelaki, lepak, masalah

Artikel Lain