suria

Ujian memandu je tapi diberi jolokan bukit paling seram! - “Dari jauh nampak rendah bila di atas macam kat puncak Everest”

Foto ini yang dikongsi di Twitter menerima reaksi ramai netizen. (Kredit Twitter @sayajualrumah).

BAGI kebanyakan individu yang ingin mengambil lesen kenderaan, ujian mendaki 'bukit' atau maksudnya melintasi laluan di tanah tinggi disifatkan sebagai bahagian paling sukar untuk 'lepas'.

Selain terundur ke bawah kerana gagal mengimbangi brek dan clutch bagi kereta manual, ada juga ketikanya enjin mati secara tiba-tiba ketika kenderaan ada di atas 'bukit' itu.

Maka tidak hairanlah kenapa perkongsian mengenai ujian itu di laman Twitter menerima respon luar biasa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua OK, pegawai JPJ pun OK! Walau terhibur, netizen persoal "Macam tu ke buat RPK?"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lesen Terbang' Datang Lagi!

Ramai yang bersetuju apabila ia digambarkan sebagai "bukit paling seram di Malaysia" menerusi laman sosial itu.

Perkongsian foto ujian mendaki bukit menerusi Twitter seorang wanita menerima hampir 10,000 ulang kicau (Retweet).

Sebahagian ujian yang perlu diikuti untuk mendapatkan lesen memandu. (FOTO BERNAMA).

Ia turut dihujani komen-komen netizen yang berkongsi kisah suka duka mereka untuk melepasi ujian berkenaan.

Menurut seorang individu, dia pernah gagal sebanyak dua kali sewaktu melalui ujian itu.

Bukit ni bila kau undur gagal tapi ke depan. Alhamdulillah lulus! Lagi-lagi yang ambil manual.

NETIZEN

Namun, percubaan kali ketiga membuahkan hasil apabila dia lulus dan berjaya mendapat lesen memandu.

Ada juga individu yang mendedahkan terpaksa melalui ujian berkenaan lebih tiga kali.

"Dari jauh nampak rendah bila kat atas macam puncak Everest.

"Bukit ni bila kau undur gagal tapi ke depan, Alhamdulillah lulus! Lagi-lagi yang ambil manual.

Perkongsian yang tular di Twitter.

"Kat bukit ni banyak bunyi kereta menjerit.

"Ya betul, bukit yang paling mengerikan," komen beberapa netizen secara berseloroh.

Menerusi ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mendaki bukit merupakan sebahagian daripada ujian litar yang perlu ditempuhi.

Ujian ini dilakukan selepas calon mengikuti kursus undang-undang serta melepasi ujian komputer.

Selain ujian pemanduan dalam litar, mereka juga akan melalui beberapa ujian lain sebelum lulus dan diberikan lesen memandu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain