RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta orang ramai supaya berhenti mengecam kesilapan dilakukan sebuah restoran makanan segera terhadap pesanan puteri bongsunya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah baru-baru ini. "Tolong janganlah marah sangat kat McD. Bukan salah mereka. Dalam banyak-banyak tu adalah yang terkurang. "Jihan memang suka sangat makan McD. Setiap hari beli McD. Nama dia pun saya sudah tukar... McJihan!" kata Tunku Azizah. ARTIKEL BERKAITAN: Pesan cheeseburger, dapat roti dan keju! McDonald’s terus DM Puteri Jihan... jawapannya buat netizen ‘cair’ ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Mahu kerja dengan dua puteri jelita, Tunku Azizah beri respons positif... pemuda bertuah kata “best day ever” Tweet kelakar Tunku Azizah itu ternyata mencuit hati netizen. "Ampun Tuanku, awat lawak sangat la ni?" kata Umirah. "Kami tak marah cuma kami bantu @McDMalaysia memperbaiki mutu dan kualiti yang diharapkan," kata Akukaya. Tweet TPA membuatkan ramai netizen terhibur. Dalam pada itu, Tunku Azizah dalam tweet susulannya berkata; nanti saya buka kedai dan jual burger McJihan! Tweet tersebut mendapat 2,600 ulang kicau dan 8,500 tanda suka. Rata-rata netizen setuju dengan tweet tersebut. Tunku Azizah mendedahkan Puteri Jihan adalah peminat setia burger McD. Malah Puteri Jihan turut meninggalkan emoji suka pada tweet berkenaan. "Imagine burger MekJihan fly to national and international level. We gonna be more than proud Tuanku. Tagline: "Inpired by Lost Patty," kata Shin Shine. "Drive thru istana can ah Tuanku. I'll pay extra, look how thick the patty," kata Zendayana. Posting Puteri Jihan mengenai burger dipesannya menjadi tular di Twitter. "Hahaha comel weh... confirm hari pertama buka beratur panjang dan cepat habis tak sampai setengah hari pun," kata Zuuzuliaa. Tunku Azizah turut memuatnaik gambar burger 'McJihan' hasil air tangan baginda di Twitternya. Gambar tersebut turut mendapat 2,200 tanda suka. "Aduh lapar terus pepagi ni tengok burger McJihan Tuanku," tulis AzmIsm. "Open order tak ni. Teringin nak rasa resepi Tuanku," kata Imtiyaz.