suria

Wah... selepas burger McJihan jadi ‘fenomena’, Raja Permaisuri Agong dedah ‘bekal’ sambal belacan ke luar negara

Tunku Azizah berkongsi kisah mengenai sambal belacan air tangan baginda sendiri di Twitter.

BERCERITA mengenai sambal belacan, ia diibaratkan seperti pelengkap kepada pelbagai juadah di negara ini.

Rasanya yang pedas-pedas masam, dimakan bersama nasi panas dan dicicah ulam-ulaman pastinya membuatkan kita kecur air liur.

Terbaharu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut membuat perkongsian mengenai hidangan ringkas itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambal Belacan Mempelam Muda

ARTIKEL BERKAITAN: Bahasa Inggeris tak betul tak jadi masalah buat Tunku Azizah - “Saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah bongkar rahsia puteri bongsu makan McD tiap hari, burger McJihan confirm laku keras!

Menyifatkan ia sebagai sambal pengikat kasih, baginda mengakui menjadi pembekal hidangan berkenaan untuk beberapa negara termasuklah Brunei dan Singapura.

"Saya juga sambal belacan supplier to Brunei dan banyak negeri dan negara lain. Digelar sambal dunia oleh tukang masak saya.

Saya diberitahu menteri dari Singapura yang sambal saya akan dihidangkan sewaktu makan tengah hari selepas mesyuarat kabinet mingguan mereka.

RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH

"Tuanku Agong (Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billahjadikan) jadikan sebagai hadiah apabila ke luar negara menghadiri mesyuarat FIFA dan FIH," tulis baginda di Twitter.

Posting itu turut disertakan foto beberapa balang sambal belacan yang dihasilkan baginda.

Perkongsian mengenai sambal belacan air tangan baginda mendapat respon ramai netizen.

Dalam perkongsian berbeza, Tunku Azizah turut berkongsi surat yang diutus oleh bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

"Lee Kuan Yew dan saya ada persahabatan sambal belacan. Saya diberitahu menteri dari Singapura yang sambal saya akan dihidangkan sewaktu makan tengah hari selepas mesyuarat kabinet mingguan mereka," tulis baginda.

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut mencuit hati netizen.

Surat Lee Kuan Yew yang diutuskan kepada baginda.

Rata-rata mereka memberi cadangan agar Tunku Azizah menjual sambal berkenaan secara komersial buat rakyat jelata.

Malah, mereka turut meluahkan rasa terliur melihat sambal belacan yang dihasilkan sendiri oleh baginda yang nampak sedap.

"Kalau tuanku jual depan Istana Negara, mesti orang beratur line sampai jam satu KL. Saya akan jadi salah seorang dalam barisan.

"Tuanku komersialkan la kepada rakyat juga. Saya nak merasa juga.

"Syukur Alhamdulillah jikalau dapat merasa sambal belacan ni.

"Terliur tengok dan rasa teringin nak merasa sambal tuanku," tulis beberapa netizen.

Baru-baru ini, tular perkataan McJihan yang diinspirasikan daripada rangkaian makanan segera terkenal McDonald's.

Ia susulan titah Tunku Azizah meminta orang ramai supaya berhenti mengecam kesilapan restoran itu terhadap pesanan puteri bongsunya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah baru-baru ini.

"Tolong janganlah marah sangat kat McD. Bukan salah mereka. Dalam banyak-banyak tu adalah yang terkurang.

"Jihan memang suka sangat makan McD. Setiap hari beli MCD. Nama dia pun saya dah tukar... McJihan!" kata Tunku Azizah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain